Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Rasa Cinta Kepada Negara Bukan Sekadar Kibar Bendera

By 21 September 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan: Hamidah Md Drus          Foto: Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

KUALA PILAH, 21 Sep (Malaysiaaktif) –  Lambang cintakan negara bukan sekadar mengetahui tema hari kebangsaan pada setiap tahun, mengibarkan bendera, menyanyikan lagu Negaraku dan menghafal Rukun Negara semata-mata, namun rasa cinta itu perlu diterjemahkan melalui amalan hidup yang baik serta mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara.

Demikian kenyataan oleh  Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dalam Program Apa kata Anak Malaysia yang berlangsung  di Dataran Ilmu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah semalam.

Program ini  merupakan kolaborasi Jabatan Penerangan Malaysia  dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara.

“Ruang dan peluang harus diberi kepada mahasiswa dan mahasiswi khususnya untuk memberikan pandangan, cadangan, aspirasi dan harapan mereka ke arah membina negara Malaysia yang bersatu padu pada masa hadapan. Para pelajar dapat berdiskusi sesama mereka dan terlibat secara langsung dalam perbincangan di samping dapat meningkatkan semangat patriotisme.”

“Ini kerana pendekatan yang digunapakai dalam program ini adalah berbentuk forum di mana peserta diberi tajuk khusus untuk dihayati dan dikupas serta dipersembahkan kepada penonton dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di samping dapat mengasah bakat komunikasi dalam kalangan mahasiswa, pelajar juga dapat menyampaikan idea-idea dan pandangan secara berhemah,” tambah Mohd Sukari ketika merasmikan Program Apa Kata Anak Malaysia semalam.WhatsApp Image 2018-09-21 at 4.15.01 PM

Forum yang diadakan lebih satu jam diwakili oleh Muhammad Zaki Zainal Abidin, 20, panel tunggal daripada UiTM kampus Rembau yang menyampaikan tajuk  Rukun Negara Pemangkin Negara Maju, diikuti Nazry Wasiline, 22, menyampaikan tajuk Perpaduan Kaum Tunjang Kestabilan Negara . Manakala Siti Nur Adni Saidi, 20,  menyampaikan tajuk Sumbangan Generasi Muda Terhadap Negara dan peserta terakhir Mohamad Syamil Mohamad Lizamberi, 18 bertajuk Kemajuan Teknologi Maklumat Bersaing Dengan Negara Luar.

Sementara itu  Fara Fashia Mohd Fuad, 20, Pelajar Diploma Teknologi Makanan, UiTM Cawangan Kuala Pilah memberitahu beliau sebagai generasi muda yang bakal melangkah ke dunia luar selepas habis pengajian  akan mengekalkan perpaduan kaum dan meningkatkan pencapaian diri bagi memacu kecemerlangan untuk agama, bangsa dan negara.

Nazrul Helmie Bin Borhandin, 21, dari  Fakulti Sains Gunaan pula berkata semangat patriotisme perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia bagi menyemai dan mengekalkan perpaduan negara.

“Seperti yang kita tahu, kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan etnik. Banyak perbezaan terutama dari segi budaya, amalan gaya hidup dan pemakanan. Jika tiada persefahaman ia boleh mendatangkan salah faham dan meruntuhkan perpaduan,” tambahnya lagi.WhatsApp Image 2018-09-21 at 4.15.03 PM

Sebelum itu turut diadakan Program Gotong Royong bersama penduduk setempat dan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil.

Turut hadir adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Negeri Sembilan, Mohd Zulhilmi Mohd Yunus dan Ketua-ketua  Jabatan Daerah.

-KN

 

Tinggalkan komen anda