Skip to main content
HomeSabah

Sabah Bawa Misi Besar Pidato Kenegaraan 2018

By 22 September 2018September 23rd, 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan dan foto: Eparizan Mansor

KOTA KINABALU, 21 Sep (MalaysiaAktif) – Negeri Sabah pemenang ke tiga Pertandingan Pidato tahun 2016 optimis julang juara 2018.

Pada tahun ini, Sabah buat pertama kalinya dipilih sebagai tuan rumah dan ini merupakan cabaran besar buat peserta pemidato Sabah, Mohd Rafee Mohamad, 30, katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu sempena meraikan peserta-peserta pertandingan pidato.

 

Mohd Rafee Mohamad, wakil pemidato Negeri Sabah

Mohd Rafee Mohamad, wakil pemidato Negeri Sabah

Walaupun beliau merupakan anak kelahiran negeri Johor, namun beliau akan berjuang sedaya upaya untuk mengharumkan nama Sabah dalam pertandingan separuh akhir yang akan dijadualkan esok di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kota Kinabalu, tambahnya.

Sementara itu, pegawai penyelaras pidato Negeri Sembilan, Norhayati Samsul Anuar juga positif akan mendapat tempat pada pertandingan kali ini setelah kali terakhir mendapat tempat ke empat pada tahun 2015.

Norhayati Anuar, pegawai pengiring pemidato Negeri Sembilan

Norhayati Samsul Anuar, pegawai pengiring pemidato Negeri Sembilan

“Dengan pendekatan format terkini pengolahan pidato pada tahun ini iaitu gaya penyampaian berunsur chalk and Ted Talk yg digunakan lebih santai, saya yakin kaedah ini dapat memberi kefahaman kepada orang ramai”, tambahnya.

Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 merupakan komponen program penghayatan sempena bulan kemerdekaan dan sebanyak 15 negeri yang akan berentap esok.

EM

Tinggalkan komen anda