Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Lapor secara Adil, Saksama dan Profesional – Choo

By 2 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Noorshazana binti Shaadan/ Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

PORT DICKSON, 2 Okt (Malaysiaaktif) – “Dalam tempoh berkempen ini, kerjasama dengan media dalam usaha membuat liputan berita mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson adalah diharapkan agar maklumat dapat dilaporkan secara adil, saksama dan professional.”

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Choo Ken Hwa ketika melawat ke Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di The Grand Beach Resort, di sini hari ini.

“Tujuh calon yang bertanding dalam PRK Port Dickson perlu mendapat liputan berita secara adil oleh setiap rakan media. Inilah hasrat Malaysia Baharu yang kita mahukan dalam penyampaian maklumat kepada umum,” tambahnya.

Choo Ken Hwa melihat kemudahan dan maklumat yang disediakan kepada petugas media di pusat media.

Choo Ken Hwa melihat kemudahan dan maklumat yang disediakan kepada petugas media di pusat media.

Ujarnya lagi, adalah diharapkan pengamal media dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan lengkap yang disediakan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

KKMM melalui Jabatan Penerangan telah membuka pusat media dengan pelbagai kemudahan seperti komputer, capaian internet, talian telefon dan mesin pencetak bagi memudahkan petugas media menyampaikan maklumat berkaitan pilihan raya kepada masyarakat umum.

Pusat Media KKMM bagi PRK Port Dickson mula beroperasi mulai 29 September sehingga 13 Oktober 2018 dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Choo Ken Hwa melihat kemudahan dan maklumat yang disediakan kepada petugas media di pusat media.

Choo Ken Hwa melihat kemudahan dan maklumat yang disediakan kepada petugas media di pusat media.

Hadir sama, Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM, Shahniza Azren Mohamed Shah dan Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, YM Tengku Badli Tengku Zalli.

-KN

Tinggalkan komen anda