Skip to main content
HomePutrajaya

Positif PENTARAMA Julang Emas 2019

By 15 Oktober 2018Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Eparizan Mansor/Jabatan Penerangan dan Clementina A. Panan (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Pentas, tarian dan drama sinonim dengan PENTARAMA Jabatan Penerangan (JAPEN) sejak sekian lama menjadi wadah penyampaian mesej kepada masyarakat selain hiburan melalui tarian, nyanyian dan drama pendek sketsa sehingga mencungkil ramai bakat muda terpendam.

Berbekalkan semangat yang cekal dan persiapan singkat selama lebih sebulan, PENTARAMA berjaya melahirkan artis kebudayaan yang kualitinya standing dengan penari antarabangsa apabila berjaya merangkul kejayaan sulung tempat ketiga kategori kumpulan dan tempat kedua kategori individu dalam pertandingan ‘Andong Mask Dance Festival & World Mask Play Competition 2018’ di Andong Korea Selatan pada 28 September hingga 7 Oktober yang lalu.

Penyertaan seramai 5 orang peserta kebudayaan PENTARAMA yang kemudiannya bergambung di bawah satu  kumpulan ‘Anak Seni Asia Malaysia’ memperuntukkan latihan setiap malam di studio yang terletak di Shah Alam ternyata berbaloi.

Ketua Pengarah JAPEN, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman menyampaikan Anugerah International Andong Mask Dance, Korea kepada ketua kontijen di Dewan Serbaguna KKMM, Putrajaya

Ketua Pengarah JAPEN, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman (kiri) menyampaikan Anugerah International Andong Mask Dance, Korea kepada ketua kontijen PENTARAMA di Dewan Serbaguna KKMM, Putrajaya

Selama 12 hari berkampung di festival tersebut, pemilihan dikira dari pelbagai sudut termasuklah slot tarian pocket show yang diadakan setiap hari dan kontijen Malaysia komited mempersembahkan tarian daripada masyarakat Borneo bagi memberikan suntikan kelainan berbanding penyertaan tahun lepas ujar peserta pertandingan, Mohamad Hezwan Bahari, 28.

“Antara tarian yang kami persembahkan bagi etnik dari Borneo ini termasuklah tarian Zapin Tidung, tarian Mengiluk dan Joget Ampuk-Ampuk Bulan yang rata-rata tarian ini sangat unik sehingga mendapat perhatian ramai” tambahnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi peserta pertandingan iaitu Juliawati Razali, 39, turut menyatakan keterujaan dan dia tidak menyangka walau pun ini pertama kali penglibatan namun mereka berjaya mendapat tempat dalam festival tersebut.

Barisan peserta PENTARAMA, JAPEN selepas majlis menyampaikan anugerah di Putrajaya

Barisan peserta PENTARAMA, JAPEN selepas majlis menyampaikan anugerah di Putrajaya

“Sebenarnya penyumbang paling ketara mungkin adalah disiplin peserta iaitu keberadaan tepat pada masa selain penggunaan prop yang menarik di mana kami banyak menggunakan prop bagi mengetengahkan ‘dewa penjaga masa depan’ bersesuaian dengan tema persembahan pada tahun ini.

“Saya berharap tahun depan kami dapat meneruskan perjuangan ini dan diberikan peluang sekali lagi untuk menjayakan misi menakluk pingat emas pula” tambahnya lagi.

Bagi Mohd Hafiz Shahaini, 33, selaku ketua kontijen PENTARAMA yang berjaya memenangi tempat ke dua kategori individu selain turut serta pertandingan secara berkumpulan dalam festival yang dipertandingkan, beliau mengakui cabaran yang dibawa seramai 20 kontijen mewakili Malaysia termasuk 5 orang kakitangan PENTARAMA ini bukan mudah terutama dari segi cabaran masa.

Peserta tarian mengenakan pakaian rasmi etnik Sabah selepas persembahan tarian Zapin Tidung

Peserta tarian mengenakan pakaian rasmi etnik Sabah selepas persembahan tarian Zapin Tidung

“Dalam masa yang singkat, latihan selama lebih sebulan dan hampir setiap malam berulang-alik dari Putrajaya ke Shah Alam ternyata berbaloi. Dari segi penglibatan secara solo, saya memang mereka gerak tari sendiri melalui panduan dan tunjuk ajar ketua kontinjen Anak Seni Asia Malaysia iaitu Amandus Paul Panan dan rakan tari sokongan, Raja Mohamad Hazwan. Manakala pereka prop dan kostum kami, Jubianus dan Jessey Angat dan paling penting kami turut menerima sokongan penuh daripada pihak JAPEN.”

“Bagi saya, kejayaan ini juga sebenarnya didorong atas kehendak diri sendiri. Jika kita mempunyai impian, tidak kira apa bidang sekalipun kita kena berusaha mencapainya walau sesusah mana pun.  Dengan kejayaan ini, saya dapat membawa nama baik Malaysia, Kementerian, Jabatan dan PENTARAMA khususnya selaku unit hiburan dan bidang seni yang ternyata adalah peluang kita mempromosikan bakat-bakat terpendam yang dilahirkan oleh PENTARAMA sendiri.” Tambahnya lagi.

Persembahan tarian 'DUANG' oleh Anak Seni Asia Malaysia bagi kategori Kumpulan

Persembahan tarian ‘DUANG’ oleh Anak Seni Asia Malaysia bagi kategori Kumpulan

Andong Mask Dance Festival & World Mask Play Competition diadakan setiap tahun dan pada tahun 2016, PENTARAMA pernah menyertai pertandingan ini dan berjaya mendapat tempat ketiga yang turut dimenangi oleh Mohd Hafiz Shahaini. Tahun hadapan, PENTARAMA bercadang akan menghantar wakil pertandingan bagi merebut pingat emas.

Tinggalkan komen anda