Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Beri Peluang OKU Tonjol Kemampuan

By 1 November 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sazli Hassan (Sik)

SIK, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Berbekalkan iltizam serta semangat untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) serta menonjolkan kemampuan diri, pengurusan Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sik mengambil inisiatif membuka gerai jualan kepada pelatih-pelatih mereka.

Menurut Penyelia PPDK Sik, Sharifah Mohd Daud, selain daripada mengubah persepsi masyarakat, ia juga bertujuan bagi mendedahkan pelatih dengan alam pekerjaan.

Salah seorang OKU Azhar (berbaju ungu) bersama Cikgu Ina melayan pelanggan

Salah seorang OKU Azhar (berbaju ungu) bersama Cikgu Ina melayan pelanggan

“Usaha ini bagi mengikis sifat malu dan menambah keyakinan diri pelatih untuk berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat di luar sepertimana rakan sebaya mereka.

“Sebagai permulaan, hanya dua jenis menu yang disediakan iaitu keropok lekor serta air dan melibatkan dua orang pelatih yang dilihat berpotensi serta mampu untuk berdikari,” katanya yang ditemui di PPDK di sini.

Pelatih turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan kerja-kerja memasak dengan pengawan guru PPDK.

Pelatih turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan kerja-kerja memasak dengan pengawan guru PPDK.

Ujar Sharifah lagi, proses menyediakan makanan tersebut termasuklah menggoreng serta membungkus dilakukan sepenuhnya oleh pelatih dengan pengawasan guru-guru PPDK.

“Memang mereka mempunyai kekurangan dari segi fizikal tapi itu bukan alasan untuk tidak memberi peluang dan percaya kepada kemampuan mereka.

“Kami turut berharap agar satu hari nanti, majikan akan mewujudkan unit khas OKU dalam organisasi bagi mengelakkan sebarang diskriminasi, menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas serta latihan yang bersesuaian kepada mereka,” tambahnya.

Sharifah turut berharap agar, stigma masyarakat terhadap golongan istimewa ini dapat diperbetulkan serta memberikan sokongan kepada mereka.

-SH

Tinggalkan komen anda