Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Kerajaan Negeri Bertekad Mencari Penyelesaian Isu Kuil

By 30 November 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan & Foto Oleh : Mohamad Zairin Mohamad Zin & Seri Ayu Wardiah Samsudin

SHAH ALAM, 30 Nov (Malaysiaaktif) – “Kerajaan Negeri Selangor berpendirian teguh dan mengulangi tekad untuk mencari penyelesaian dalam ruang lingkup perundangan serta menurut kedaulatan undang-undang,” kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika sidang media berkaitan isu kuil di Seafield bertempat di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri Selangor bersedia menjadi orang tengah dalam perbincangan antara pihak-pihak yang terlibat bagi mencari penyelesaian dan kerajaan negeri mensyaratkan agar semua pihak bertenang, tidak berhimpun dan melakukan apa-apa provokasi serta mengikut arahan dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam”, tegas Amirudin lagi.

Beliau turut berkata sebarang kenyataan dari mana-mana sumber tentang bagaimana penyelesaian ini akan dicapai sewajarnya dianggap sebagai spekulasi semata-mata sehingga pengumuman rasmi dikeluarkan.

“Kerajaan Negeri Selangor mahu menghentikan sebarang desas-desus yang sedang berlegar kononnya Kerajaan Negeri akan mengambil alih tanah tersebut. Perkara ini tidak benar dan sangat menyimpang dan Kerajaan Negeri Selangor menolak untuk mengambil alih tanah tersebut kerana ia akan menghasilkan kesan-kesan kewangan yang besar dan bakal meletakkan duluan yang tidak baik kepada kes-kes akan datang”, ujar Amirudin.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda