Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Kerajaan Selangor Serius Jaga Kesihatan Rakyat

By 28 November 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Selangor sentiasa serius menangani isu kesihatan rakyatnya agar sentiasa dalam keadaan sihat.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pelbagai polisi dan pendekatan diperkenalkan sejak 2008 dilaksanakan untuk membantu rakyat.

“Program seperti MamoSel, Dialisis Selangor dan Bantuan Sihat Selangor dilaksanakan untuk membantu rakyat, disamping beberapa inisiatif lain.

“Program Peduli Sihat yang diperkenalkan pada 2016, merupakan bantuan kepada rakyat membuat pemeriksaan awal kesihatan,” ujar beliau.

Jelas Amirudin, rakyat yang sihat serta cergas membolehkan pembangunan dan kemajuan negeri Selangor dapat diteruskan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Karnival Sihat Selangor 2018 peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Ekstrem Wira Damai, Batu Caves semalam.

Pameran dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan.

Pameran dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan.

Salah satu aktiviti untuk kanak-kanak yang diadakan sempena Karnival Sihat Selangor 2018 peringkat MPS.

Salah satu aktiviti untuk kanak-kanak yang diadakan sempena Karnival Sihat Selangor 2018 peringkat MPS.

Menurut Amirudin lagi, peruntukan program kesihatan di Selangor bermula sekitar RM10 juta sahaja, kini telah bertambah melebihi RM50 juta.

“Program Peduli Sihat untuk tahun 2019 contohnya, diperuntukkan sejumlah RM50 juta, ini tidak termasuk program-program kesihatan lain,” katanya.

Namun menurut Amirudin, rakyat perlu sentiasa diingatkan tentang perkara asas iaitu menghindari lebih baik daripada mengubati.

“Ia memang senang dilafazkan, namun agak sukar dilaksanakan kerana ia berkait sikap dan gaya hidup kita,” katanya.

Tambah Amirudin, program Slim Selangor akan dilaksanakan melalui peruntukan RM1 juta tahun hadapan bagi menggalakkan rakyat amalkan diet pemakanan.

“Program tersebut akan berikan pendedahan, promosi dan latihan supaya rakyat mampu mengawal pemakanan mereka yang menjadi antara punca penyakit tidak berjangkit (NCD) tersebar,” katanya.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda