
Oleh : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)
SHAH ALAM, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Satu perlawanan boling persahabatan “Sports For All” telah diadakan membabitkan lebih 60 wakil media dari RTM, Selangor Kini, News Straits Times (NST), BERNAMA, SelangorFM dan lain-lain wakil media.
Acara ini telah diadakan bertempat di Alam Lanes, AEON Mall Shah Alam semalam dan dianjurkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan dikelolakan oleh JAB Bowling Academy.
“Acara ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara wakil-wakil media di samping kita beriadah melapangkan fikiran dari kerja harian kita”, kata Mohd Razif Abu Bakar, Presiden JAB Bowling Academy.
Menurut beliau lagi, di samping itu dapatlah rakan-rakan media saling mengenali antara satu sama lain dan bersaing secara sihat dalam pertandingan boling persahabatan kali ini.
Keputusan menyaksikan pasukan dari BERNAMA mengungguli dan menjuarai pertandingan boling persahabatan pada kali ini dengan jatuhan pin sebanyak 1,485 pin.
Kesemua wakil media menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kemahiran bermain boling yang pelbagai. Turut diserikan dengan cabutan bertuah berupa kasut boling dan bola boling.
-NAZ