Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

MAHA 2018 Sasar RM300 Juta Sasaran Dagangan

By 21 November 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

SERDANG, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Ekspo pertanian dan makanan terbesar dan paling lama bertapak di rantau ini kembali lagi dengan sasaran dagangan dan pemadanan perniagaan sebanyak RM300 juta.

Pameran Antarabangsa Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 yang pertama kali dianjurkan pada tahun 1923 ini akan berlangsung selama 11 hari bermula esok sehingga 2 Disember ini.

Salahuddin (kanan) dan Tze Tzin ketika meninjau persiapan terakhir MAHA 2018, siang tadi.

Salahuddin (kanan) dan Tze Tzin ketika meninjau persiapan terakhir MAHA 2018, siang tadi.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin, MAHA kali ini berteraskan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian dalam industri agromakanan negara.

“Melalui kecanggihan agroteknologi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih efektif dan secara tidak langsung ia dapat menetajui kedaulatan makanan negara.

” Konsep ini juga bertujuan mewujudkan keyakinan masyarakat terhadap penyeludikan dan teknologi terkini dalam industri peryanian negara,” katanya yang ditemui semasa meninjau persiapan akhir di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), siang tadi.

Antara teknologi robotik yang diperkenalkan sempena pameran MAHA kali ini.

Antara teknologi robotik yang diperkenalkan sempena pameran MAHA kali ini.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub menjelaskan terdapat enam kluster pameran disediakan kali ini iaitu Agro kulinari, Agro pelancongan, Agro belia, Agro teknologi, Produk asas tani dan jualan serta Agro makanan.

“Di dalam dewan-dewan ruang pameran MAHA 2018 adalah seluaa lebih 40,000 meter persegi atau lebih kurang enam kali ganda keluasan padang bola,” ujarnya yang turut meninjau persiapan akhir di sini.

Perasmian MAHA 2018 akan dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2.30 petang esok.

-SH

Tinggalkan komen anda