Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Ironman Langkawi Dimenangi Juara Baharu

By 19 November 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Azrul Hafiz (Langkawi)

LANGKAWI, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Roman Guillemae juara bertahan ironman Langkawi kempunan dalam mempertahankan kejuaraan beliau pada tahun ini apabila tewas kepada peserta dari Ukraine, Daniil Sapunov yang menyertai ironman buat kali pertama pada tahun ini.

Sapunov mencatatkan masa lapan jam 33 minit dan 36 saat bagi menamatkan ketiga-tiga cabaran iaitu berenang, berbasikal dan berlari seterusnya menjuarai kejohanan ironman Langkawi pada tahun ini.

Peserta memulakan acara dengan berenang sejauh 3.8km.

Peserta memulakan acara dengan berenang sejauh 3.8km.

“Walaupun keadaan di sini berbukit dan cuaca yang amat panas, namun saya berupaya mengharungi cabaran ini dengan baik,” kata peserta berusia 36 tahun ini.

Bagi kategori professional wanita, ia dimenangi peserta Jerman, Mareen Hufe, 40, yang memenagi kejohanan ini di tempat kedua pada tahun lepas.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut menyertai kejohanan pada tahun ini adalah penyanyi dan pengacara, Aliff Satar
yang berjaya menamatkan cabaran di kedudukan 446 daripada 946 peserta bertanding.

Kejohanan Ironman Langkawi kategori professional membabitkan disiplin berenang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan berlari sejauh 42.2km dengan hadiah keseluruhan berjumlah 25,000 USD (RM104, 640) dan 50 peserta terbaik layak menyertai saingan di Hawaii tahun hadapan.

-SH

Tinggalkan komen anda