Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

4,888 Pelajar Kategori B40 Masuk SBP

By 9 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 4,888 atau 52.28 peratus pelajar-pelajar daripada keluarga B40 yang ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk sesi persekolahan 2019 di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan, Aidie Jantan berkata, jumla tersebut menunjukkan peningkatan 15.34 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ia adalah selari dengan dasar kerajaan baharu untuk membantu golongan kurang berkemampuan tapi cemerlang bidang akademik dan kokurikulum mendapat pendidikan berkualiti dan kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan hari pendaftaran SBP di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, di sini hari ini.

Taman Hassan (kanan) bersama keluarganya ketika mendaftar anak bongsunya, Aziz Hafiz Jantan di SBPI Gombak, hari ini.

Taman Hassan (kanan) bersama keluarganya ketika mendaftar anak bongsunya, Aziz Hafiz Jantan di SBPI Gombak, hari ini.

 

Jelas Aidie, bagi mengurangkan beban keluarga pelajar, kementerian akan menyediakan kemudahan seperti bayaran makanan asrama, pakaian dan keperluan sekolah serta biasiswa daripada syarikat dan kerajaan.

“Peluang ini terbuka kepada golongan B40 dan diharap ianya memberi motivasi kepada pelajar-pelajar meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan taraf sosial keluarga mereka,” ujarnya.

Tambah Aidie, pemilihan pelajar bukan bergantung kepada keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) sahaja, tetapi penilaian ujian temuduga turut ditekankan disamping persediaan pelajar untuk tinggal di asrama.

Sementara itu, seorang bapa, Tamam Hasan, 54, melahirkan rasa syukur anak bongsunya, Aziz.Hafiz Tamam antara pelajar yang berjaya masuk ke SBP.

“Dia anak yang bertuah berbanding anak saya yang lain kerana cemerlang dalam pelajaran dan berpeluang di sekolah SBP. Adik beradiknya tidak berpeluang walaupun cemerlang dalam pelajaran,” katanya yang tinggal di Lembah Subang.

Menurut Tamam, Hafiz sejak kecil merupakan anak yang baik serta mudah dididik dan mendoakan anaknya itu berjaya di dunia dan akhirat.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda