Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pewartaan Larangan Merokok; Sarawak Tunggu Keputusan Kabinet

By 9 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/ Mohd Azuel (Sarawak)

KUCHING, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Bermula 1 Januari 2019, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai Tempat Dilarang Merokok namun  Kerajaan negeri Sarawak menangguhkan larangan merokok di semua premis makan sejak penguatkuasaannya.

Penangguhkan larangan merokok di semua premis makan ini disebabkan menunggu keputusan oleh Kabinet negeri, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr.Noraryana Hassan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan satu sesi taklimat Pewartaan Tempat Makan sebagai kawasan larangan Merokok bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan, di sini pagi tadi.

Dr.Noraryana Hassan (kiri) Penceramah bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim,(dua dari kiri)

Dr.Noraryana Hassan (kiri) Penceramah bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim,(dua dari kiri)

Taklimat ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-peratutan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) selari dengan Artikel 8, WHO FCTC iaitu bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada untuk melindungi orang awam daripada terdedah kepada bahaya asap rokok dan produk rokok yang lain.

Taklimat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak.

Beliau menjelaskan, antara kawasan larangan merokok ialah gerai makan, rumah Kedai, Restoran di atas Tanah Lot, Kedai makan atas awan, tempat makan terbuka, kedai makan dalam sungai, Trak makanan dan Kenderaan.

Larangan ini juga meliputi semua gerai-gerai makan dan kenderaan bergerak yang menyediakan kemudahan meja dan kerusi untuk makan dan minum serta semua restoran yang berada di atas kapal dan keretapi.

Antara tetamu yang hadir dalam taklimat tersebut

Antara tetamu yang hadir dalam taklimat tersebut

Menurut Noraryana, Individu yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara tidak lebih dua tahun manakala pemilik Premis Makanan bagi kesalahan tidak mempamer tanda larangan merokok dikenakan denda maksimum RM3000 atau Penjara tidak lebih 6 bulan dan Bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok denda maksimum RM5000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim, Pegawai-Pegawai Kesihatan Bahagian dan Daerah, Pegawai-Pegawai Penguatkuasa dan semua agensi yang terlibat.

-ER

Tinggalkan komen anda