Skip to main content
HomeSabah

Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar Luar Bandar, Rendah – Khalkausar

By 25 Januari 2019Januari 26th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/ foto: Idris Sani Saberun /Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar di kawasan luar bandar masih ditahap rendah.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS), Tunku Khalkausar Tunku Fathahi berkata, aktiviti pembakaran terbuka bagi kegiatan pertanian dan pembukaan tanah merupakan antara penyumbang pencemaran udara di Sabah.

“Aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal menyebabkan kualiti udara dan kesihatan penduduk setempat terjejas disebabkan kurangnya kesedaran oleh penduduk luar bandar.

“Ini dapat dilihat melalui peningkatan aduan pembakaran terbuka dan pembebasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel oleh masyarakat bandar,”katanya selepas kunjungan kepada Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka di Wisma Dang Bandang, petang Khamis.

Menurut Tunku Khalkausar, kunjungan tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan rakan strategik dalam usaha membantu JAS menyebar luas maklumat berkenaan dengan penjagaan alam sekitar di negeri ini.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat membuat aduan berkenaan pencemaran alam sekitar melalui laman sesawang jabatan berkenaan di eaduan.doe.gov.my dan talian aduan 24 jam di 03-88891972 atau Hotline: 1-800-88-2727.  

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin; Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Azman Sipan; KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon; KPP (Operasi) JAS, John Anak Rampai; KPP (Pembangunan) JAS, Yaras Yusop; Pegawai Kawalan Alam Sekitar (Kanan), Roslina Diwa dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Chai Hsieh Nee.

EM

Tinggalkan komen anda