Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Lima Rumah Kongsi Terbakar

By 21 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

Babe Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Lima buah rumah kongsi kilang Bata yang berkeluasan 1,000 kaki persegi musnah dalam kebakaran di Batu Arang, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.45 malam dan sampai ke lokasi 21 minit kemudian.

“Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan BBP Rawang menggunakan dua aliran hos dan lori tangki air untuk memadamkan kebakaran.

Anggota Bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah kongsi di Batu Arang, semalam.

Anggota Bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah kongsi di Batu Arang, semalam.

“Rumah kongsi itu musnah keseluruhan namun insiden tersebut tidak melibatkan mangsa cedera atau maut, namun sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran telah musnah,” katanya.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan, sebelum ini kawasan tersebut pernah terbakar sebanyak tiga kali dalam tempoh tujuh bulan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda