Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Perarakan Pedati, Acara Tahunan Thaipusam Tiba Di Batu Caves

By 21 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang & Sharman (Selangor)

GOMBAK, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Perarakan Pedati (“Chariot”) dari Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur yang bermula 10 malam Sabtu telah tiba di Batu Caves jam 4 petang, di sini hari ini.

Perarakan pedati ini adalah acara tahunan penganut Hindu meraikan perayaan Thaipusam dengan berjalan kaki dari Kuil Sri Mahamariamman, Kuala Lumpur sehingga ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Semasa dalam perjalanan, pedati yang membawa Dewa Murugan ini akan singgah di beberapa kuil di Kuala Lumpur bagi tujuan upacara sembahyang.

Perarakan kali ini sama seperti tahun sebelumnya dengan kawalan keselamatan polis mengikut rapat pedati serta mengawal pergerakan orang ramai supaya tidak menghalang laluan pedati tersebut.

Lalu lintas sekitar kawasan Batu Caves mula sesak apabila kelihatan penganut Hindu dan pelancong mengunjungi Kuil Subramaniar Swamy untuk meraikan Thaipusam sejak semalam.

Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves mula dikunjungi penganut Hindu dan pelancong.

Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves mula dikunjungi penganut Hindu dan pelancong.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof menyatakan beberapa jalan sekitar Batu Caves ditutup sempena perayaan Thaipusam tahun ini bermula 17 Januari lalu hingga 24 Januari.

“Antara jalan yang ditutup sepenuhnya adalah persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves (Masjid Al-Amaniah), jalan keluar Batu Caves dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Laluan lain yang turut ditutup ialah Jalan Perusahaan ke Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, laluan keluar MRR2 Seri Gombak ke Jalan Perusahaan, tiga persimpangan di sepanjang Jalan SBC8 dan Jalan Batu Caves Lama,” katanya.

Jelas Samsor, seramai 1,500 anggota polis bertugas manakala 240 anggota trafik ditempatkan di 31 lokasi untuk mengawal lalu lintas.

-NAZ

Tinggalkan komen anda