Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Inisiatif Yang Baik Untuk Menjana Lebih Pendapatan – Amirudin

By 21 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

KUALA LANGAT, 21 Jan (Malaysiaaktif) – “Paling penting di sini adalah usaha mereka untuk memungut dana bagi menambah baik atau membina semula surau ini menjadi lebih besar bagi menampung jemaah yang semakin ramai”, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika sidang media sempena Kejohanan Golf Amal Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 Shah Alam bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort, Banting semalam.

“Itu sebab saya sebutkan tadi ia berkait rapat dengan inisiatif di mana kita berusaha untuk ‘unlock’ dan ‘unleash’ semua aset yang ada di dalam negeri supaya dapat hasil yang baik”, ujar Amirudin.

Amirudin memuji usaha ini dan mengatakan ini adalah contoh kecil bagaimana kalau kita dapat manfaatkan kaedah dan cara yang betul, mereka akan dapat menjana pendapatan serta hasilnya dan juga dalam masa yang sama membuat variasi dalam pendekatan mereka kepada komuniti dan masyarakat.

“Saya hadir pada hari ini kerana dapat melihat ada inisiatif daripada pihak mereka. Mereka bukan hanya menghantar surat untuk memohon derma tetapi membuat aktiviti dan melalui aktiviti itu boleh menjana lebih pendapatan dan itu adalah inisiatif”, tegas Amirudin.

Sejumlah RM300,000 telah berjaya dikumpulkan menerusi kejohanan ini semalam. Seramai 100 peserta telah mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada komuniti setempat.

Turut hadir bersama adalah EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari dan Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Nor Azmie Diron.

-NAZ

Tinggalkan komen anda