Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Graduan Automotif Hafiz 20 Juzuk al-Quran

By 25 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/foto: Norhayani Hashim/Zatul-Iffah Wahab (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Bagi anak muda yang berasal dari Johor dan menetap di Melaka ini jarak bukanlah satu penghalang buatnya untuk menuntut ilmu.

Graduan Naza Academy, Mohamad Addin Khan Mazlan Khan, 27, memberitahu tanggapan bahawa pelajar tahfiz mempunyai peluang kerjaya yang terhad adalah tidak benar sama sekali.

“Saya telah menghafal 20 juzuk Al Quran sejak dari kecil lagi. Sewaktu berusia 16 tahun saya mendapat pendidikan di Madrasah Tahfiz Batu Pahat, Johor dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Pusat Tahfiz al-Quran As-Solihin Merlimau,” ujar anak bongsu enam beradik ini.

Addin seterusnya menyambung pelajaran pada tahap satu dan dua di Giat Mara Melaka dalam bidang Painting Automotiv sebelum melanjutkan pelajaran di Naza Academy di tahap tiga pada 2017 dan 2018. Kini dia bertugas dalam Material Service di Kawasan Perindustrian Automotif Pagoh, Alor Gajah dan bekerja sambilan sebagai warden pusat tahfiz.

Addin antara 75 graduan yang berjaya menamatkan Kursus Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia pada Majlis Konvokesyen kali ke-6 di Naza Academy Gurun yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar, semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda