Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

JAKOA Ulangi Komitmen Jaga Kebajikan Orang Asli

By 7 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Foto : FB JAKOA

PUTRAJAYA, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menegaskan kebajikan masyarakat Orang Asli seluruh negara menjadi keutamaan jabatan itu.

Ketua Pengarah JAKOA Datuk Ajis Sitin, berkata jabatan tersebut sentiasa melakukan pelbagai usaha dan kerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang mencukupi.

Mengulas laporan akhbar bertarikh 6 Februari yang dikeluarkan Free Malaysia Today – “Orang Asli Perak diugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan” JAKOA memaklumkan bahawa aktiviti pembalakan sentiasa menjadi masalah utama bagi masyarakat Orang Asli

“Ini kerana menurut mereka, aktiviti ini merosakkan ekosistem alam semula jadi. Antara yang terjejas adalah pencemaran air sungai, tumbuh-tumbuhan dan kepupusan binatang buruan yang menjadi sumber utama makanan dan pendapatan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, di sini hari ini.

Ajis turut memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional) Waytha Moorthy, bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan pembalak serta pihak-pihak yang terlibat dalam masa terdekat bagi membincangkan pendekatan yang terbaik untuk semua pihak.

“Buat masa ini, JAKOA mencadangkan agar aktiviti pembalakan tersebut dapat ditangguh buat sementara waktu sehingga perjumpaan tersebut diadakan,” katanya lagi.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda