Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

KAWAN Mudahkan Perkhidmatan Masyarakat Setempat

By 27 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/foto: Azfariza Ismail (Baling)

BALING, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Program One Stop Help Center (KAWAN) bagi siri 1 hari ini telah diadakan bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling.

Menurut Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shahanila Shamsudin, program ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan kepada masyarakat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) kepada orang ramai.

Antara pelanggan dan orang ramai yang hadir mendapatkan perkhidmatan yg disediakan JKM.

Antara pelanggan dan orang ramai yang hadir mendapatkan perkhidmatan yg disediakan JKM.

“Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan bagi program ini ialah perkhidmatan kebajikan produktif (bantuan kewangan), perkhidmatan orang kurang upaya (OKU), perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan taska, perkhidmatan advokasi dan perundangan, perkhidmatan warga emas, perkhidmatan kanak-kanak, pendaftaran sukarelawan dan kaji semula kes oleh pegawai kes kawasan,” katanya ketika ditemui di ruang legar Masjid Jamek Kuala Ketil, di sini.

Salah seorang pelanggan JKM Saadiah Ishak, 57, yang ditemui berkata perkhidmatan yang disediakan oleh JKM ini lebih memudahkan pelangan untuk berurusan.

“Ini kerana jarak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang letaknya jauh di Pekan Baling menyukarkan saya dan pelanggan yang lain untuk berurusan di sana lebih-lebih lagi disebabkan kesukaran mendapatkan pengangkutan awam dan kesihatan diri yang tidak begitu mengizinkan,” kata Saadiah.

Sementara itu, Penyelaras Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling bagi DUN Kuala Ketil, Mohd Anizam Mohd Azmi berkata pihaknya gembira kerana program ini telah mendapat sambutan ramai penduduk dan pelanggan jabatan di DUN Kuala Ketil ini.

“Program ini akan diteruskan lagi bagi siri 2 dan 3 iaitu bagi Dun Kupang bertempat di Masjid Tok Bandar, Pulai manakala bagi DUN Bayu bertempat di Masjid Weng Lama,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda