Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

KYS Sasar Keuntungan 30 Peratus Tahun Ini

By 15 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Evianne Kin/Volintine Jiloh(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikatnya, Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sebanyak 30 peratus kepada RM164 juta bagi tahun 2019 berbanding keuntungan sebelum cukai syarikat berkenaan pada tahun 2018 iaitu RM126 juta.

Pengarahnya, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, pihaknya akan memberi tumpuan kepada sektor komersial kumpulan berkenaan.

Shagie bersalaman dengan warga KYS yang menyambut ketibaannya.

Shafie bersalaman dengan warga KYS yang menyambut ketibaannya.

“Pihak pengurusan menetapkan hala tuju baharu ICSB iaitu memberikan tumpuan kepada syarikat dengan impak keuntungan besar dan akan menutup mana-mana syarikat yang rugi selama tiga tahun berturut-turut serta tidak berupaya memperoleh keuntungan pada masa hadapan.

“Antara lain adalah dengan memberi tumpuan meningkatkan sektor pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan dan memajukan industri makanan yang dapat menghasilkan pulangan besar pada masa hadapan.

“Beberapa petunjuk prestasi utama (KPI) juga telah ditetapkan kepada setiap anak syarikat agar sasaran ini dapat dicapai,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Malam KYS di Menara Tun Mustapha, pada malam Rabu.

Shafie (tengah) diiringi Jamalul (kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Jubli Perak.

Shafie (tengah) diiringi Jamalul (kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Jubli Perak.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir menyempurnakan sesi penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Perkhidmatan Jubli Perak dan Anugerah Jasamu Dikenang kepada 52 warga KYS.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hashim Paijan bersama-sama seribu warga KYS memeriahkan majlis itu.

EM

Tinggalkan komen anda