
Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman/Hasnol Hadi Hashim (Kulim)
LUNAS, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Lapangan terbang kargo yang bakal dibina di Kulim akan direalisasikan oleh kerajaan negeri Kedah tidak lama lagi sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir baru-baru ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Azman Nasrudin, lapangan terbang tersebut dibina untuk menampung permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan kargo terutamanya dari Pulau Pinang dan juga kawasan perindustrian Hi-Tech Kulim.
“Dengan terbinanya Kulim Airport maka banyak peluang pekerjaan akan wujud di samping infratruktur lain seperti lebuhraya juga akan dibina yang akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk tempatan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Taman Kijang, di sini kelmarin.
Penduduk tempatan, Foo Kim Heng, 50, berkata projek pembinaan lapangan terbang kargo yang bakal dibina nanti dapat memberikan manfaat yang baik terhadap rakyat Kedah terumanya rakyat Kulim di mana sumber ekonomi dan peluang pekerjaan juga akan bertambah.
Turut hadir, ADUN Kulim Yeo Keng Chuan, Penyelaras DUN Merbau Pulas Razak Salleh dan beberapa wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.