
Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Abdullah Sani Ariff (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 20 Feb ( Malaysiaktif) – Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan bagi memperkenalkan dirinya sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ke-lima menggantikan Datuk Yeo Boon Hai bermula 31 Disember lepas.
Nordin merupakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah sebelum dilantik ke jawatan tersebut dan mempunyai pengalaman 39 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Ir. Amrullah @ Ambrullah Kamal serta Ketua-ketua pengarah DBKK.