
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)
BERTAM, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 1,000 orang terlibat dalam aktiviti kayuhan basikal dan senaman kecerdasan sempena dengan Sambutan Hari Bumi 2019 Peringkat Kadun semalam.
Program anjuran Pusat Khidmat Adun Bertam yang dipengerusikan oleh ADUN Bertam, Khalib Mehtab Mohd Ishaq dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara , Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara.
Aktiviti kayuhan Hari Bumi membabitkan jarak sejauh 35 kilometer bermula dari Dewan Millinium ke Masjid Padang Benggali untuk projek penanaman pokok dan berakhir semula di Dewan Millinium, Kepala Batas.
Khalib berkata bahawa cetusan idea program ini adalah sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
“Usaha ini juga adalah bertujuan mengumpul golongan komuniti muda, pertengahan dan warga emas di bawah satu aktiviti program supaya masyarakat di sini dapat mengenali antara satu sama lain,” ujarnya.
Penyertaan kayuhan terdiri dari pelbagai latar belakang peminat sukan berbasikal seperti Mountain Bike (MTB), Road Bike (RB) dan basikal lipat selaian basikal klasik yang turut bergabung bagi menzahirkan sokongan sempena Hari Bumi 2019.
Perserta kayuhan basikal dari NGO N2T (No Name Team) Radi Ismail, 65 berkata, mereka menjadikan aktiviti kayuhan ini sebagai kewajipan kerana berpuas hati dan berjaya mengawal masalah penyakit kencing manis selain dapat mengawal berat badan dari 95 kilogram turun ke 75 kilogram.
“Sebagai kakitangan kerjaan yang telah bersara sejak tiga tahun lepas, saya telah membeli basikal jenis mountain bike jenama Twitter dengan harga RM2,500 dan biasanya saya akan keluar membuat kayuhan empat kali seminggu dengan kayuhan sejauh minima 30 kilometer,” uajrnya.
Sementara itu, peserta kayuhan wanita Liyana Izzati Mohamad Isa, 27, memilih menggunakan basikal jenis lipat (folding bike) buatan dari China berjenama Java untuk kayuhan kali ini.
Penyertaan kayuhan kali ini bertujuan mencari kelainan dengan menggunakan basikal lipat dan ini sekadar menguji kemampuan diri saya,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas aktiviti kayuhan.