Skip to main content
HomePulau Pinang

Hari Pemerkasaan Wanita Dan Pembangunan Keluarga Meriah

By 31 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Bertam dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara dan Pejabat Belia Sukan Daerah Seberang Perai Utara bekerjasama menganjurkan Program Pemerkasaan Wanita Dan Pembangunan Keluarga bertempat di Dewan Millennium Kepala Batas semalam.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran daripada agensi kerajan, gerai-gerai jualan dan juga pertandingan mewarna pelajar-pelajar tadika KEMAS.

Khaliq Mehatab melawat gerai-gerai jualan

Khaliq Mehatab melawat gerai-gerai jualan

Agensi kerajaan juga turut terlibat dalm program dianjurkan termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Malaysia dan beberapa agensi lain yang menawarkan pelbagai khidmat nasihat.

Program dirasmikan oleh ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan semasa ucapannya beliau berkata bahwa wanita pada masa kini semakin dilihat menonjol dan memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat.

Sebahagian pelajar Tabika KEMAS Kadun Bertam yang menyertai pertandingan mewarna

Sebahagian pelajar Tabika KEMAS Kadun Bertam yang menyertai pertandingan mewarna

“Saya berharap wanita akan lebih terus diberi peluang untuk berada sebaris dengan kaum lelaki,” ujarnya.

Orang ramai yang hadir berpeluang mengunjungi booth Jabatan Penerangan

Orang ramai yang hadir mengambil kesempatan mengunjungi booth Jabatan Penerangan

Turut menyerikan program adalah sesi cabutan bertuah dan juga penyampaian hadiah kepada booth terbaik yang dimenangi oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

EM

Tinggalkan komen anda