Skip to main content
HomePulau Pinang

Penghargaan, Pengiktirafan Dan Penghormatan Warga Emas Pulau Pinang

By 31 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: S.Shanmuganathan

GEORGETOWN, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas melalui Program Penghargaan Warga Emas di sini, semalam.

Sejak program ini diperkenalkan untuk semua warga emas di Pulau Pinang yang merupakan pengundi di negeri ini dan berusia lebih 60 tahun adalah layak untuk sumbangan tersebut tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik

Peruntukan disalurkan mengikut Dewan Undang Negeri (Kadun) telah mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat.

Adun Pulau Tikus, Lee Chun Kit menyampaikan taklimat kepada warga emas dalam Program Penghargaan Warga Emas

Adun Pulau Tikus, Lee Chun Kit menyampaikan taklimat kepada warga emas dalam Program Penghargaan Warga Emas

Di Kadun Pulau Tikus, warga emas mula menerima bantuan ini sejak 10 pagi di Maybank Jalan Cantonment sementera di Kadun Seri Delima ,warga emas telah menerima wang penghargaan di Maybank Sungai Gelugor.

Sementara itu, di Kadun Komtar pula, warga emas mula menerima bantuan di Maybank Cawangan Komtar.

Menurut Adun Komtar Teh Lai Heng, kebanyakan warga emas gemar datang pada waktu pagi mengambil wang penghargaan warga emas.

“Saya berharap dan program seperti ini dapat meringankan beban mereka,” ujarnya.

EM

Tinggalkan komen anda