Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Awasi Strok Haba

By 5 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto :Suhaimi Nik Wil/Zulfadli Abd Hamid(Kuala Krai)

KUALA KRAI, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Kuala Krai tidak terkecuali daripada tempias cuaca panas melampau yang sedang melanda negara pada masa ini, walaupun pada waktu malam sejuknya menjamah sum-sum tulang. Orang ramai terutama yang berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang berpenyakit, dinasihatkan agar tidak terdedah pada cuaca panas dalam jangka masa panjang. Ini bagi mengelak daripada terkena serangan strok haba.

Penolong Pegawai Pejabat Meteorologi Kuala Krai Diana Mokhtar, menasihatkan orang ramai dan pentadbir sekolah agar mengelakkan dahulu aktiviti luar buat sementara waktu. Purata ukuran suhu di Daerah Kuala Krai pada masa kini ialah antara 34–35 Darjah Celsius. Waktu puncak suhu mencapai kepanasan tertinggi antara pukul 1 hingga 3 petang. Selepas pukul 3, suhu akan beransur reda. Sebarang pembakaran secara terbuka tanpa kawalan wajar dielakkan ketika musim panas ini agar tidak berlakunya bencana.

“Memang telah menjadi satu kebiasaan cuaca panas yang melanda sesebuah negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi, keadaan ini dijangka akan berakhir menjelang hujung bulan Mac.

Muhamad Draman pesara kerajaan

Muhamad Draman pesara kerajaan

“Sekiranya ingin juga melakukan aktiviti luar, disarankan sebelah awal pagi dan berakhir sebelum jam 9.00 pagi atau pada lewat petang. Perbanyakan meminum air masak lebih baik untuk menjaga kesihatan pada musim panas sekarang,” ujarnya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Menurut pesara kerajaan Muhamad Draman, beliau sentiasa memantau pergerakan anak-anak pada musim panas ini.

“Menghidari sebarang aktiviti yang terdedah pada cuaca panas dalam jangka masa yang panjang supaya tidak berlaku kemudaratan. Sekiranya ada tanda-tanda seperti demam, muntah-muntah, cirit birit dan kekejangan, cepatlah berjumpa doktor. Dapatkan pemeriksaan segera dan rawatan awal, jagalah ahli keluarga tersayang,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda