Skip to main content
HomeTerengganu

Batu Bersurat Bukti Kewujudan Masyarakat Cina Hainan di Kemaman lebih 100 tahun

By 10 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim/Uraidah Zetty Md Ariffin (Kemaman)

KEMAMAN, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Cina tradisional di Kampung Air Jernih, Kemasik merupakan perkampungan Cina Hainan tertua di negara ini.

Untuk rekod, perkampungan Cina Hainan di sini adalah yang terbesar dan dianggarkan berusia 131 tahun.

Lee Siaw Keong, 52, antara penduduk yang lama menetap di sini berkata,” Batu Bersurat ini diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh sekumpulan kadet Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada bulan April tahun lepas.”

Lee Siaw Keong menunjukkan batu bersurat di Kampung Air Jernih.

Lee Siaw Keong menunjukkan batu bersurat di Kampung Air Jernih.

“Usaha terjemahan batu bersurat ke dalam dwibahasa untuk membolehkan para pengunjung membaca sendiri kandungan batu bersurat tersebut.”

Beliau menambah, “Batu Bersurat Hainan ini menjadi identiti kepada kampong ini dan sebagai rujukan generasi muda untuk mengetahui sejarah perkampungan Hainan ini.”

Menurutnya lagi, “batu bersurat tersebut ada tercatat, perkampungan Hainan ini dibuka oleh pedagang dari Pulau Hainan China kerana masyarakat Hainan dari pulau itu berhijrah untuk mencari penempatan baharu supaya masa hadapan generasi muda lebih terjamin.”

Deretan rumah kedai 2 tingkat masih kekal walaupun sudah lama didirikan

Deretan rumah kedai 2 tingkat masih kekal walaupun sudah lama didirikan

“Dalam usaha masyarakat Hainan berhijrah ke sini (Kemasik) mereka telah meneroka dan membangunkan kampong Air Jernih dan juga di Kuala Kemasik dengan mengusahakan sektor pertanian dan perniagaan,” tambahnya.

Rumah kedai papan dua tingkat yang menjadi tempat perniagaan oleh masyarakat Hainan dulu masih ada hingga kini namun begitu, fungsinya sekarang tidak sama lagi seperti dulu.

Deretan rumah kedai papan tersebut tidak lagi dijadikan tempat perniagaan sebaliknya sebagai tempat tinggal oleh warga emas yang masih kekal di kampong Air Jernih.

Antara warga emas yang masih menetap di sini

Antara warga emas yang masih menetap di sini

Lee siaw Keong berkata, ”nilai sejarah yang tinggi yang terdapat di perkampungan ini, diharapkan pihak kerajaan wartakan Perkampungan cina Hainan ini sebagai kawasan kebudayaan kerana usianya yang sudah lebih seabad.

“Sehingga kini, jumlah penduduk kampong Hainan hanya tinggal 1,000 berbanding 5,000 orang pada awalnya ketika baharu dibuka.”

“Ini kerana ramai golongan muda yang berhijrah mencari rezeki di luar dan kebanyakkannya yang masih kekal di sini mengusahakan kebun masing-masing,” tambahnya lagi.

EM

Tinggalkan komen anda