Skip to main content
HomeTerengganu

Kecederaan Syukur Tidak Serius

By 10 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 14, yang terjatuh daripada kerbau tidak mengalami kecederaan serius dan membimbangkan.

Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Dr. Nor Azmi Yunus berkata, pemeriksaan yang dilakukan dengan menggunakan imbasan CT Scan tidak terdapat kecederaan atau darah beku di kepala Syukur.

Katanya, Syukur dimasukkan ke HSNZ pada 9.00 malam semalam setelah terjatuh daripada kerbau pada sesi pengambaran di kandang kerbau milik bapanya di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

Syukur terjatuh pada 8.00 pagi dan mengalami muntah serta pening sebelum keluarganya menghantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan.

Jururawat memeriksa kepala Muhammad Syukur

Jururawat memeriksa kepala Muhammad Syukur

“Disebabkan tiada kecederaan serius, Syukur hanya diberi ubat tahan sakit dan dibenarkan keluar pada petang ini,” tambahnya lagi.

Syukur menjadi terkenal setelah gambarnya bersama sekumpulan kerbau memenangi hadiah pada peringkat antarabangsa.

Gambar Syukur yang dirakam oleh jurugambar Dallah Din menjadi viral dan berjaya menarik perhatian pemimpin negara termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 kepada Syukur.

Syukur ketika ditemui di HSNZ berkata, dia tidak serik dan akan meneruskan akitiviti harian bersama kerbau.

Walaupun sedang dirawat, Muhammad Syukur sentiasa menjadi perhatian orang ramai

Walaupun sedang dirawat, Muhammad Syukur sentiasa menjadi perhatian orang ramai

Bagaimanapun, Muhammad Syukur akan lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan agar insiden yang sama tidak berulang.

EM

Tinggalkan komen anda