
Laporan/Foto: Asmidar Zainol/Abdullah Sani Ariff Lokman(Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 43 pengamal media menyertai Ekspedisi Kanyon Imbak bermula hari ini sehingga 26 Mac.
Ekspedisi berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Sabah dengan kerjasama PETRONAS bersempena dengan pelancaran Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 26 Mac ini.
Kesemua peserta dibawa menggunakan sebelas buah pacuan empat roda dari Kelab Pacuan Empat Roda Sipitang.