Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Selangor Negeri Terbaik Penyediaan Peluang Pekerjaan – Amirudin

By 23 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 23 Mac (Malaysiaaktif) – “Selangor adalah negeri yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dan baik dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang”, ujar Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika merasmikan Selangor Mega Job Fair 2019 bertempat di Dewan A, MAEPS, Serdang pada 16 Mac yang lepas.

“Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai usaha untuk menangani isu peluang pekerjaan di kalangan rakyat di negeri ini dan antara usaha yang dilakukan adalah memastikan pelaburan berada di dalam kedudukan yang baik dan konsisten dan jumlah projek pembangunan tertinggi ini dapat membuka ruang dan peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini”, tegas Amirudin.

Tambah beliau lagi, “selain penyediaan peluang pekerjaan kepada setiap golongan, Kerajaan Negeri juga mementingkan kualiti yang ada dalam diri setiap pekerja kerana pihak kami mahu tenaga kerja yang berkemahiran bukan hanya untuk isi kekosongan”.

Amirudin merasmikan Selangor Mega Job Fair 2019

Amirudin merasmikan Selangor Mega Job Fair 2019

Beliau menekankan juga berkaitan dengan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di mana bidang ini bukan lagi pengajian kelas kedua dan semua pihak khususnya ibu bapa perlu mengubah persepsi terhadap bidang TVET ini.

“Saya mahu bidang ini memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat negeri ini kerana bidang ini menawarkan masa depan yang cerah dan bukannya khusus kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran”, kata beliau.

Menurut beliau lagi, “dalam menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0, ia menuntu untuk kita lebih positif dan Kerajaan Negeri akan membuak lebih banyak peluang menyusuri ruang ini untuk meningkatkan kualiti semua peringkat bagi mendepani revolusi ini”.

Turut hadir adalah EXCO Pembangunan Generasi Muda Dan Sukan Dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman dan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Selangor Mega Job Fair 2019 merupakan acara tahunan Kerajaan Negeri sejak 2014 dan bertujuan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di kalangan anak muda.

-NAZ

Tinggalkan komen anda