Skip to main content
HomeTerengganu

Pembinaan Balai Bomba Kuala Nerus Tingkatkan Respons Kepada Masyarakat

By 19 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Mohd Idris Deraman

KUALA NERUS, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kewujudan Balai Bomba baharu bagi daerah Kuala Nerus bakal meningkatkan lagi respons kepada masyarakat setempat terutama melibatkan kes-kes kecemasan seperti kebakaran, kemalangan  dan bencana alam mengikut waktu yang ditetapkan di samping mengurangkan kebergantungan kepada daerah Kuala Terengganu.

Orang ramai membanjiri tapak program

Orang ramai membanjiri tapak program

Menurut Suhairi Samsudin yang juga penduduk di sini berkata pelaksanaan projek pembinaan ini dibuat tepat pada masanya berikutan kepadatan penduduk dan pusat perniagaan yang semakin meningkat dan rancak di daerah ini.

Manakala Norhaini Mat Lajis, 58 berkata pembinaan balai bomba baharu merupakan satu keperluan bagi penduduk di sini kerana Kuala Nerus mempunyai banyak kawasan perindustrian yang tertumpu di kawasan perindustrian Gong Badak.

Norhaini Mat Lajis antara ribuan penduduk yang hadir

Norhaini Mat Lajis antara ribuan penduduk yang hadir

“Kewujudan sebuah balai bomba dapat membantu kes-kes kecemasan di kawasan-kawasan terpencil yang agak jauh dari balai bomba sedia ada sekarang,” ujarnya.

EM

Tinggalkan komen anda