Skip to main content
HomeTerengganu

Kerajaan Persekutuan Sedia Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Terengganu

By 19 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Foto: Maherah Marina Mahusin/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU , 19 Mac 2019 (Malaysia Aktif) – Lawatan kerja merupakan platform pertemuan antara pihak Kerajaan Persekutuan dengan pihak Kerajaan Negeri bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan di peringkat negeri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking berkata bahawa pada tahun 2018, negeri Terengganu telah mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM24.23 bilion dengan nilai eksport RM20.7 bilion di mana eksport utama adalah mineral fuel, lubricant dan bahan kimia yang menyumbang hampir 97 peratus.

 

Darell bersalaman dengan Ahmad Samsuri

Darell bersalaman dengan Ahmad Samsuri

Menteri MITI juga mengambil kesempatan untuk membincangkan usaha-usaha yang diambil oleh MITI untuk melaksanakan polisi industri 4.0 yang dijenamakan sebagai Industry4WRD bagi mengukuhkan lagi sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perbincangan bersama Menteri Besar Terengganu juga menyentuh isu-isu penting termasuk usaha untuk meningkatkan pelaburan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, latihan pekerja tempatan, usaha pemantapan pengurusan pekerja asing dan peningkatan produktiviti.

Selain itu, kedua pihak turut mengadakan perbincangan lanjut mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas seperti Regional Comprehensive Enomic Partnership yang masih dalam peringkat rundingan antara 16 buah negara termasuk Malaysia.

EM

Tinggalkan komen anda