Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

“Hang Sua Cheq Lapoq” Banteras Rasuah di Kedah

By 9 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/foto: Jamil Zainul /Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi pendirian mereka untuk memastikan gejala rasuah dibasmi termasuk pada peringkat akar umbi.

Timbalan Pengarah SPRM Mustafa Kamal Ahmad, berkata apabila menerima laporan berkenaan rasuah, pihak SPRM akan pastikan terlebih dahulu sama ada kes tersebut rasuah atau sebaliknya.

“Kita pantau bukanlah untuk menangkap tetapi untuk menasihati dan mengingatkan individu supaya tidak terlibat dengan jenayah rasuah,” katanya sempena Program SPRM Bersama Rakyat di Dataran Tsunami, di sini baru-baru ini.

Mustafa turut berpesan supaya orang ramai memberikan maklumat yang benar dan jangan sesekali menganiaya orang lain.

“SPRM menyeru semua penjawat awam agar sama-sama menghapuskan rasuah dalam agensi masing-masing,” katanya lagi.

Mustafa menjelaskan lagi, kempen 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle) ini dilaksanakan menerusi pelbagai program berskala besar.

“Kempen ini memberi tumpuan kepada golongan penguatkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan serta penjawat awam.

“Slogan kempen anti rasuah di negeri ini “Hang Sua, Cheq Lapoq” bertujuan memberi peringatan kepada penjawat awam supaya tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan. rasuah dan salah guna kuasa,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda