Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Youth Town @ Sik Lestari Platform Usahawan Pasarkan Produk

By 9 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Rasidi Che Sa (Sik)

SIK, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Youth Town @ Sik Lestari merupakan satu program usahasama Persatuan Usahawan dan Peniaga Melayu Sik serta Majlis Daerah Sik bagi membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Youth Town @ Sik Lestari dibuka pada setiap hari Ahad berkonsepkan jualan produk usahawan tempatan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Sik, Datuk Bukhari Abdullah berharap agar masyarakat di sini memanfaatkan sepenuhnya program ini dan memberi sokongan padu terhadap penganjuran Youth Town ini.

“Program ini juga sebagai platform yang dapat membantu para usahawan memasarkan produk masing-masing.

Youth Town bukan saja memberi peluang dan pendedahan kepada usahawan muda serta baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan bahkan ia juga sebuah tarikan baharu yang terdapat di Sik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Penganjuran Youth Town juga merupakan perancangan kerajaan negeri dan berharap agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk di sini khususnya kepada golongan belia.

Datuk Bukhari turut optimis program ini dapat memberi impak positif kepada kerancakan dan pembangunan ekonomi di Sik terutamanya dalam bidang pelancongan dan pemasaran produk kraftangan tempatan.

-SH

Tinggalkan komen anda