
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)
KEPALA BATAS, 13 Apr (Malaysiaaktif)– Pada zaman dahulu, tumbuhan dan pokok-pokok dihutan menjadi bahan penting dalam dunia perubatan tradisional dalam masyarakat Malaysia.Tidak kira muda,tua, lelaki, perempuan mana sekali pun, apabila segala perubatan moden telah digunakan untuk menyembuh sesuatu penyakit itu tidak memberikan kesan yang maksimum,maka alternatif perubatan secara tradisional akan digunakan pula untuk menyembuhkan sesuatu penyakit itu.
Namun begitu, permasalahan yang sering terdapat dalam mencari tumbuhan pokok herba ini, adalah mendapatkan sumbernya. Tumbuhan pokok herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Dokong Anak, Belalai Gajah dan sebagainya adalah nama yang biasa didengari. Tidak ramai yang sanggup mencari ke dalam hutan atau menanam tumbuhan pokok herba ini kerana pada zaman sekarang tidak lagi ramai yang mengenali jenis dan khasiat tumbuhan pokok herba.
Jesteru itu, Jabatan Pertanian di Bertam, Kepala Batas telah mengambil iniseatif membangunkan sebuah tanah yang seluas kira-kira 2 hektar bagi memartabatkan industri herba di negara ini disamping memastikan khazanah alam itu terus terpelihara. Dikenali sebagai Taman Herba,kini telah dibuka kepada orang ramai dengan bertujuan untuk dijadikan sebuah tempat pengumpulan, kajian dan analisa maklumat segala jenis tumbuhan pokok herba, dalam meningkatkan kesedaran masyarakat sebagai salah satu warisan perubatan melayu.

Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Azlina Muhammad Hanafiah
Menurut Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Puan Azlina Muhammad Hanafiah,yang bertanggungjawap menjaga dan menyelia taman itu, berkata, “Lebih 400 koleksi spesies herba dari tumbuhan dan pokok yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Melayu ditempatkan disini,”. Selain itu juga, beliau turut memberitahu bahawa, tumbuhan pokok herba ini mempunyai permintaan yang tinggi di luar negara dan boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada usahawan-usahawan yang hendak mencuba dalam industri herba ini.
Dalam projek perintis Taman Herba ini, sebanyak 9 usahawan telah dibimbing oleh Jabatan Pertanian dari aspek khidmat nasihat dan teknikal untuk mengkomersialkan produk-produk berasaskan kepada tumbuhan pokok herba. Usahawan ini terdiri daripada bidang ubatan, minuman, SPA, reflexology dan nurseri. Ujarnya lagi, “Herba bukan seperti ubat yang dibekalkan oleh hospital yang boleh mendapatkan hasil segera. Herba sebaliknya perlu diamalkan setiap hari, bukan sekali makan terus baik dan kaedah menggunakan herba juga perlu betul agar tidak memudaratkan.”
Tumbuhan Herba menjadi semakin penting sebagai sumber biodiversiti yang berupaya di komersialkan dan digunakan dalam memenuhi pelbagai keperluan
seperti masakan, ubat-ubatan, pewangi, bahan komestik dan juga landskap.
Pendedahan tumbuhan pokok herba ini akan memberikan pengetahuan kepada orang ramai mengenai ciri-ciri dan jenis – jenis tumbuhan pokok herba sebagai rawatan alternatif seperti kanser, cirit-birit, leukimia, luka, sakit kepala dan sebagainya