Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Integriti Tonggak Perkhidmatan Awam Negara

By 13 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

KUCHING, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Isu yang banyak menghiasi  ‘kehidupan’ penjawat awam adalah rasuah, salah guna kuasa, penipuan dan penyelewengan. Ia  semakin kritikal kerana penjawat awam sentiasa berhadapan dengan cabaran persekitaran sama ada dari dalam mahupun luar organisasi.

Masyarakat juga  turut berdepan dengan pelbagai cabaran dari segi aspek kehidupan yang semakin berubah. Fenomena persekitaran yang dinamik terutama keinginan untuk mendapatkan sesuatu dengan jalan mudah merupakan satu cabaran besar dalam kalangan penjawat awam dan pegawai yang ditauliah untuk menguatkuasakan integriti.

Bagi menjuarai isu integriti, Kerajaan Negeri Sarawak telah menubuhkan Unit Integriti dan Ombudsman pada 1 Februari 2018. Penubuhan unit ini adalah hasil daripada penambahan satu portfolio baru dalam kabinet Sarawak iaitu  Menteri Di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman). Ia juga merupakan satu-satunya negeri yang menubuhkan unit ini di Malaysia.

Penubuhan utama unit ini adalah untuk memastikan tadbir urus di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan mencapai tahap tinggi. Ia juga sebagai pengukuhan integriti untuk meningkatkan tahap integriti dan melestarikan budaya  tersebut dalam kalangan penjawat awam dan juga masyarakat.

Para Peserta Program Certified Integrity (CeIO) membuat persembahan di pentas

Para Peserta Program Certified Integrity (CeIO) membuat persembahan di pentas

Usaha murni kerajaan melaksanakan Program Certified Integrity Officer (CeIO) Siri 22 Bil 2/2019 adalah untuk memastikan perkhidmatan awam berkelas dunia serta  menanam nilai-nilai murni dan melestarinya.

Latar belakang Program CeIO adalah untuk memastikan pematuhan undang-undang, pengawalseliaan yang sistematik dan mengikut prosedur. Ia juga untuk membina dan menanamkan budaya rasuah “ toleransi sifar”, menghalang atau memerangi penyalahgunaan kuasa dan penipuan.

Program CeIO ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti Modul Dalam Kelas (4 Modul), Modul Luar Kelas (Projek Memperkasa Integriti) Menganjur Seminar Kelestarian dan Menyediakan Kertas Kerja Pelaksanaan Pelan Risiko Rasuah.

Seramai 44  pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak telah mengikuti kursus selama dua bulan yang dikendalikan oleh Unit Integriti dan Ombudsman Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Hadirin tekun mendengar ucapan daripada Ketua Menteri Sarawak

Hadirin tekun mendengar ucapan daripada Ketua Menteri Sarawak

Majlis tersebut  disempurnakan oleh, YAB Datuk Patinggi Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Hj Openg, Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir ialah Datuk Talip Zulphilip, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), Abdullah Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Negeri Sarawak dan Dato’ Hj Idris Zaharudin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia,

Sebelum itu satu  Forum Kelestarian Integriti yang membincangkan tentang isu-isu integriti dan bagaimana penjawat awam dan masyarakat berperanan. Objektif forum tersebut adalah untuk membudaya integriti dan mengukuhkan asas moral dalam kalangan masyarakat untuk keharmonian negeri. Ia juga menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat maju berintegriti.

Ahli panel forum terdiri daripada Zulhairy Zaidel, Ketua Pegawai Integriti di Unit Integriti & Ombudsman Negeri bertindak sebagai moderator, Hj Adana Hj Jed, Pengarah Unit Integriti & Ombudsman Negeri dan Hj Razim Mohd Noor, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Sarawak.

“Saya mencadangkan setiap  agensi atau jabatan kerajaan mempunyai pegawai integriti yang bertauliah sepertimana yang diimplementasi oleh kerajaan negeri Sarawak sekarang,” ujar Nurul Athirah, pegawai dari jabatan persekutuan Sarawak.

Lebih kurang 800 orang hadir terdiri daripada ahli-ahli Pentadbiran Negeri, ketua-ketua jabatan, penjawat awam negeri dan persekutuan, NGOs, ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum serta Pegawai-Pegawai Integriti Bertauliah dan Champions.

Tinggalkan komen anda