
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)
SANDAKAN, 25 Apr (Malayasiaaktif) – Lapangan terbang Sandakan akan memulakan kerja naik taraf pada tahun ini juga, ini di sahkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Program Sesi Townhall yang diadakan pagi tadi bertempat di dewan masyarakat Sadakan, dihadiri ketua menteri sabah, Menteri Kewangan dan juga pemimpin-pemimpin tempatan.
“Sekarang ini kita sedang bertungkus lumus memastikan ekonomi sandakan dapat ditingkatkan dan dimaujukan, saya selaku Ketua Menteri akan pastikan kerjasama rapat kerajaaan persekutuan dan memastikan kerja naik taraf dapat dimulakan pada tahun ini bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke sandakan, dan ini akan memberi pulangan kepada penduduk sini dan meningkatkan ekonomi rakyat daerah ini”. Jelas Shafie

Sesi Townhall dihadiri penduduk tempatan juga tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan kepada Ketua Menteri Sabah & Menteri Kewangan
Manakala Menurut Lim, “tahun ni kerajaan persekutuan telah keluarkan sebanyak 20 juta ringgit untuk kerja naik taraf lapangan sandakan dan saya telah umumkan tambahan sebanyak 80.9 juta ringgi lagi bagi menjayakanya”,
“seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri sebentar tadi saya sokong dan saya juga akan pastikan kerja naik taraf dimulakan pada tahun ini.” Tambah beliau.
Sejurus sahaja sesi townhall berkenaan Ketua Menteri Sabah membuat pengumuman calon yang mewakili parti DAP untuk Pilihan Raya Kecil Sandakan akan datang. Calon DAP diwakili anak mendiang Anggota Parlimen Sadakan Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Vivian Wong Shir Yee.
Wong merupakan anak bongsu daripada empat beradik berkelulusan Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Universiti Murdoch, Australia. Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas Datuk Wong Tien Fatt meningal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas.