Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Menara Kuantan Bakal Tingkat Kehadiran Pelancong

By 25 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 25 Apr (Malaysiaaktif) – “Pembinaan Menara Kuantan sudah 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya 31 Julai depan,” demikian ujar Norkamawati Kamal selaku Ketua Seksyen Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Ia dijangka menjadi daya tarikan utama pelancong di bandar Kuantan apabila siap keseluruhan projek mega tersebut sekaligus dapat memacu aktiviti ekonomi di ibu negeri Pahang.

Lokasi Strategi di Laman Teruntum dan bersebelahan taman Esplanade akan menjadikan Mercu Teruntum tumpuan orang ramai

Lokasi Strategi di Laman Teruntum dan bersebelahan taman Esplanade akan menjadikan Mercu Teruntum tumpuan orang ramai

Sejajar dengan objektif pembinaannya sebagai salah satu sumber penjanaan ekonomi kepada negeri Tok Gajah,Ā  nafas baru ini dilihat berpotensi membantu peniaga seperti pengusaha makanan dan penginapan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menara Kuantan atau dikenali sebagai Mercu Teruntum ini berketinggian 180 meter, masih dalam proses pembinaan dan bakal menjadi mercu tanda baharu bandar Kuantan sinergi dapat merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan setempat.

Terletak di lokasi strategik tengah-tengah taman rekreasi bandar iaitu Laman Teruntum di tebing Sungai Kuantan, ianya akan menjadi menjadi kebanggaan penduduk dan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi Kuantan.

Kerja- kerja pembinaan Menara Kuantan sudah pun siap 85% dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai 2020

Kerja- kerja pembinaan Menara Kuantan sudah pun siap 85% dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai 2020

ā€œIni akan menjadikan daerah ini sebagai lokasi tumpuan pengunjung untuk datang ke Pahang,ā€ katanya yakin daerah ini akan menerima lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara selepas siap dalam temp

Para pengunjung akan dapat menikmati pemandangan seluruh Kuantan dari aras tinggi, selain melihat arus sungai dan Kuantan Waterfront dari atas ruangan anjung Mercu Teruntum.

Pihak MPK juga akan menghidupkan semula Kuantan Riverfront dan Kuantan River Cruise serta ā€˜Historical Trailā€™ di sepanjang Kuantan Esplanade.

Selain itu, MPK akan mewujudkan ā€˜Open Viewing Deckā€™ yang berpotensiĀ  dijadikan sebagai platform untuk ā€˜River Bungee Jumpingā€™ atau ā€˜Hand Glidingā€™ akan menarik penggemar aktiviti mencabar ini.” ulas Wati lebih lanjut.

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Pahang, Datuk Idrus Yahaya, “Menara Teruntum bakal menawarkan pakej pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara menerusi ejen pelancongan di seluruh negara.”

“Pelancong juga boleh bersiar-siar di kawasan menara dan berjalan-jalan ke Taman Esplanade atau Benteng yang terdapat di lokasi sama,ā€ katanya lagi.

Menara Kuantan yang dikenali Mercu Teruntum ini dikatakan yang keempat tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Star dan Menara Taming Sari di Melaka.

Berspesifikasi unik, reka bentuk Anjung Tinjau Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya serta menempatkan restoran di antraa struktur anjung menara.

Manakala lima tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara juga menzahirkan perpaduan serta lima tiang besi melambangkan lima Rukun Islam.

Projek yang bermula Ogos 2017 lalu mempamer puncak menara keemasan menunjukkan kedaulatan Kesultanan Pahang yang menggabungkan rakyat dan agama bersatu serta setia di bawah naungan Tuanku pemerintah.

Tinggalkan komen anda