Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Masyarakat Lebih Prihatin Terhadap Alam Sekitar

By 21 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Masyarakat di negara ini semakin prihatin terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Isnaraissah (tengah) membuang sisa elektrik dan elektronik (e-waste) bagi pelupusan yang sewajarnya tanpa menjejaskan alam sekitar.

Isnaraissah (tengah) membuang sisa elektrik dan elektronik (e-waste) bagi pelupusan yang sewajarnya tanpa menjejaskan alam sekitar.

Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis berkata, pihak kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima banyak aduan daripada masyarakat mengenai pencemaran di negeri ini.

“Contohnya, kami menerima aduan melibatkan pelupusan buangan toksik secara haram terutamanya selepas insiden Sungai Kim-Kim.

SUASANA... Sekitar lawatan Isnaraissah ke gerai pameran yang terdapat di Teluk Likas sempena Sambutan Hari Bumi 2019.

SUASANA… Sekitar lawatan Isnaraissah ke gerai pameran yang terdapat di Teluk Likas sempena Sambutan Hari Bumi 2019.

“Setelah siasatan dilakukan, didapati kes tersebut melibatkan aktiviti menimbus tanah dan penggunaan racun serangga yang menyebabkan kematian pokok.

“Dalam pada itu, pemantauan kualiti air sungai pada tahun 2018 juga mendapati tiada sungai di negeri ini yang dikategorikan sebagai tercemar.

Isnaraissah (duduk, tengah) bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Dak Wah (duduk, dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Dr Kamarulnajuib Che Ibrahim (duduk, dua dari kanan) bergambar kenangan dengan tetamu jemputan dan orang ramai yang hadir ke Sambutan Hari Bumi 2019 Peringkat Kebangsaan.

Isnaraissah (duduk, dua dari kiri) bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Dak Wah (duduk, kiri) dan Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Dr Kamarulnajuib Che Ibrahim (duduk, tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan tetamu jemputan dan orang ramai yang hadir ke Sambutan Hari Bumi 2019 Peringkat Kebangsaan.

“Usaha murni ini perlu dikekalkan walaupun bilangan industri pembuatan dijangka akan meningkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Bumi 2019 Peringkat Kebangsaan di Teluk Likas, hari ini.

Tambah beliau, kesan fenomena El Nino yang melanda negara yang dijangka sehingga Mei ini perlu diambil serius kerana ia boleh menjejaskan kualiti udara melalui pembakaran terbuka.

Isnaraissah (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil New Sabah Times yang menjadi penaja kepada program itu.

Isnaraissah (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil New Sabah Times yang menjadi penaja kepada program itu.

“Pembakaran terbuka perlu dicegah bagi mengurangkan pelepasan asap ke udara yang bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah berkemungkinan menyebabkan ia merebak ke kawasan yang lebih luas hingga memusnahkan khazanah alam di negeri ini.

“Selain itu, keadaan berasap kesan dari pembakaran yang boleh dilihat oleh pelancong apabila memasuki ruang udara, turut mempengaruhi imej Sabah sebagai pusat pelancongan,” katanya lagi.

Isnaraissah juga menyeru agar para peladang dan petani mengamalkan konsep zero burning seperti yang diamalkan di ladang kelapa sawit serta pembuatan baja kompos sebagai alternatif kepada pembakaran terbuka.

EM

Tinggalkan komen anda