Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Anak Pesara Raih 10A+ Dirai

By 21 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Mahrani Mohamad (Kulim)

KULIM, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Menjadi anak seorang pesara swasta dan suri rumah tidak menjadi halangan buat seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim Kayalvili Mani Segaran, 18, untuk mengenggam keputusan cemerlang dan menjadi salah seorang antara tujuh orang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keseluruhan Negeri Kedah.

Kayalvili yang mendapat 10A+ dalam semua matapelajaran, berkata kejayaan ini bukan dalam jangkaannya kerana subjek Sejarah menjadi cabaran besar buatnya kerana memerlukan kekuatan mental untuk menghafal dan memahami fakta yang tidak boleh direka sendiri.

“Tidak mudah untuk saya memiliki apa yang saya hajati, namun semua itu bukan halangan untuk saya mencuba dan terus jadikan pengorbanan bapa saya yang terpaksa bersara awal disebabkan masalah kesihatan untuk medapat keputusan cemerlang pada hari ini,” ujarnya ketika diraikan dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2019 SMK Kulim, di sini hari ini.

Antara pelajar yang menerima Anugerah Keputusan Cemerlang 2018.

Antara pelajar yang menerima Anugerah Keputusan Cemerlang 2018.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata ibu bapa merupakan teras utama dalam pembentukan anak-anak untuk melahirkan insan cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah kokurikulum dan juga sahsiah diri.

Happiness, Love and Mutual Respect” merupakan kunci pembelajaran positif yang patut diterapkan pada setiap pelajar khususnya warga SMK Kulim yang berbilang bangsa dan budaya ini,” katanya lagi.

Majlis Anugerah Cemerlang ini menyaksikan 12 orang pelajar SPM 2018 mendapat keputusan cemerlang keseluruhan matapelajaran A dan turut meraikan 218 orang pelajar yang menerima Anugerah Kemenjadian Murid 2018 dalam pelbagai bahagian.

-SH

Tinggalkan komen anda