Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pelbagai Program Diatur Meriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Norliza Yusof/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Pelbagai program diatur oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2019.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata program berkenaan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei ini di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya.

“Antara program yang dijadualkan ialah Pertandingan Sugandoi pada 3 Mei bermula 6 petang dan pertandingan akhir dibuat serentak dengan Majlis Perasmian Pesta Kaamatan pada hari yang sama bermula 6 petang.

“Majlis ini nanti dijangka akan dihadiri oleh Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN N.13 Inanam, Kenny Chua.

Nordin (dua dari kiri) semasa sidang media Sambutan Pesta Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2019.

Nordin (dua dari kiri) semasa sidang media Sambutan Pesta Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2019.

“Manakala, Pertandingan Akhir Unduk Ngadau pula akan bermula pada 4 Mei, 7.30 malam dan tetamu kehormat ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

“Seramai 15 finalis Unduk Ngadau yang bertanding dan empat pemenang teratas adalah wajib mewakili empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dun N.12 Karambunai, N.14 Likas, N.16 Luyang dan N.17 Tanjung Aru,” jelasnya.

Tambah Nordin, sebanyak 43 gerai akan menyertai Karnival Jualan Pesta Kaamatan yang akan diadakan selama dua hari dengan menjual pelbagai jenis jualan kraftangan, barangan dan makanan serta gerai pameran.

“Pihak DBKK akan mengurangkan kadar permit menjaja daripada RM50 ke RM30 pada dua hari tersebut bagi menjayakan karnival pada kali ini.

Nordin (tujuh dari kiri) dan peserta Pertandingan Sugandoi bergambar kenangan.

Nordin (tujuh dari kiri) dan peserta Pertandingan Sugandoi bergambar kenangan.

“Diharap dengan pengurangan ini, dapat memeriahkan lagi suasana Karnival Jualan Pesta Kaamatan dan menarik orang ramai,” ujarnya dalam sidang media sambutan berkenaan di sini, pada isnin.

Turut dirancang, persembahan tiga kumpulan buskers yang akan menyanyikan lagu bahasa Kadazan Dusun dan Murut serta lagu-lagu bahasa tempatan dan persembahan paluan gong dan tarian daripada kumpulan kebudayaan etnik Rungus Kudat.

EM

Tinggalkan komen anda