Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pusat Media PRK Sandakan; Sedia Maklumat Tepat dan Terkini

By 26 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

SANDAKAN, 26 Apr (Malaysiaaktif)– Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan Kerjasama Jabatan Penerangn Negeri Sabah hari ini secara rasmi membuka Pusat Media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan bagi kegunaan para pengamal media di sini.

Pusat Media yang berpusat dia Batu 7, kolej komuniti Sandakan ini mula beroperasi pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari sepanjang tempoh PRK sandakan berlangsung.

Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah ketika ditemui di Pusat Media PRK Sandakan

Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah ketika ditemui di Pusat Media PRK Sandakan

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka Pusat Media ini merupakan pusat sehenti untuk sebarang maklumat tepat dan terkini berkenaan perkembangan PRK sandakan kali ini.

“Pusat Media ini turut menyediakan pelbagai kemudahan tempat bekerja seperti bilik sidang media, Komputer, internet, talian telefon, mesin faks, mesin pencetak dan menyediakan salinan foto-foto rasmi bagi memudahkan kerja-kerja pengamal media membuat liputan sepanjang PRK Sandakan kali ini”

Norzawiyah menunjukan maklumat mengenai PRK kepada wartawan

Norzawiyah menunjukan maklumat mengenai PRK Sandakan kepada wartawan

Tambah beliau, pusat media ini boleh menampung sehingga 50 orang pengamal media pada satu-satu masa selain itu juadah ringan dan minum petang juga disediaka, beliau juga mengalu-alukan kehadiran semua pengamal media untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.

Pusat Media PRK Sandakan dibuka hari ini bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Komuniti Sandakan

Pusat Media PRK Sandakan dibuka hari ini bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Komuniti Sandakan

“Saya juga mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kolej Komuniti Sandakan dan Kementerian Pelajaran Malaysia membenarkan kami untuk menggunakan kemudahan disini bagi memastikn kelancaran sepanjang PRK kali ini.

Pusat Media PRK Sandakan boleh dihubungi melalui talian 089 – 223275 atau e-mel [email protected]

Tinggalkan komen anda