Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Sasar Peningkatan Tenaga Mahir Negara Menjelang 2020

By 26 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Peningkatan sebanyak 35 peratus daripada 25 peratus tenaga kerja mahir disasarkan kepada golongan graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjelang tahun 2020.

Demikian ujar Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, Datuk Soh Thian Lai,
“Jangkaan tersebut dibuat selari dengan Rancangan Malaysia Ke-11 bagi mengelak kebergantungan kepada tenaga pekerja asing.”

Menurutnya, sasaran 35% menjelang tahun hadapan diharapkan dapat dicapai kerana negara masih belum mencapai tenaga kerja mahir yang mencukupi.

Penggunaan fail pigeon hole dalam sistem pengesan QR Kod untuk proses cadangan dan maklum balas penubuhan Suruhanjaya TVET

Penggunaan fail pigeon hole dalam sistem pengesan QR Kod untuk proses cadangan dan maklum balas penubuhan Suruhanjaya TVET

Daripada peratusan tersebut diunjurkan 1.5 juta pekerjaan baharu diwujudkan melibatkan 60% adalah tenaga kerja berasakan kemahiran TVET.

“Kita mahu memperkasakan lagi graduan lepasan TVET ini agar ia dapat memenuhi keperluan industri,” katanya.

Sebahagian pengamal industri yang hadir pada sesi Town Hall pemerkasaan TVET Zon Timur,di Pahang Skill Development Centre (PSDC)

Sebahagian pengamal industri yang hadir pada sesi Town Hall pemerkasaan TVET Zon Timur,di Pahang Skill Development Centre (PSDC)

Selain itu, bagi mencapai matlamat, negara tidak terlalu bergantung kepada bidang profesional sahaja dengan mengenepikan graduan TVET.

Sebaliknya ia perlu bergerak seiring untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, dan menyokong pertumbuhan ekonomi ke arah negara inklusif, saksama serta makmur.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya sesi ‘Town Hall’ pemerkasaan TVET Zon Timur, di Pahang Skill Development Centre (PSDC), Semambu turut disertai seramai 500 hadirin.

Peserta terdiri daripada penggubal dasar, pendidik, para cendekiawan, golongan profesional dan institusi penyedia TVET dan industri.

Lima siri ‘Town hall’ dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) diadakan untuk mendapat maklum balas dan pandangan daripada semua terlibat dengan industri TVET negara.

Platform pendengaran awam ini merupakan landasan penyediaan Kanvas TVET mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya TVET, isu, serta pemerkasaan akan dikompilasikan dalam bentuk laporan kepada jemaah menteri pada Julai 2019.

Selain itu, sesi Town Hall mengenai penubuhan Suruhanjaya TVET mendapat maklum balas positif daripada masyarakat menekankan tiga fungsi iaitu perkongsian kuasa, kerjasama dan koodinasi, serta pengalihan kuasa.

Manakala fungsi pembentukkan suruhanjaya tersebut menekankan lima aspek utama iaitu; governan, kewangan, kualiti, penjenamaan dan perlesenan.
Bertemakan ‘Memperkasa TVET Membina Negara’ lebih 606 industri ditawarkan melalui TVET atau Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Hadir sama Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah.

Tinggalkan komen anda