Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Semai Minat Membaca Daripada Kecil

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Muhammad Jazli Idris (Langkawi)

LANGKAWI, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Bagi menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, Tabika Perpaduan Kampung Mata Ayer, Langkawi telah mengambil inisiatif membawa kanak-kanak tabika ke Perpustakaan Awam Langkawi untuk bersama-sama menyokong Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan SeMalaysia (MPAM), sempena Majlis Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, di sini hari ini.

Menurut Guru Tabika Perpaduan Kampung Mata Ayer, Pauziah Saad, 52, dalam rekod pengajaran dan pembelajaran tabika ada aktiviti luar kelas, kesempatan ini digunakan untuk memberi ruang kepada pelajar membaca selain mengikuti aktiviti yang disediakan.

“Program ini dapat menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak agar pada masa hadapan mereka akan lebih banyak membaca walaupun sekarang ada di antara mereka yang hanya boleh mengeja sahaja berikutan baharu berumur lima dan enam tahun,” katanya ketika mengiringi pelajarnya.

Sementara itu, Pembantu Perpustakaan Awam Langkawi Rohani Yaakob, menjelaskan program ini merupakan kali keenam diadakan secara serentak di seluruh negara yang melibatkan segenap lapisan masyarakat.

Selain daripada aktiviti membaca, pelajar turut dilibatkan dengan aktiviti mewarna.

Selain daripada aktiviti membaca, pelajar turut dilibatkan dengan aktiviti mewarna.

“Daripada pemimpin, kakitangan kerajaan dan swasta, hinggalah kepada kanak-kanak tabika, sekolah rendah, menengah, institut pengajian tinggi dan juga orang perseorangan.

“Untuk kunjungan kali ini kami amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Tabika Perpaduan Kampung Mata Ayer ini mengikuti aktiviti sempena program kali ini,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Danial Yazid Mohamad Yusof, 5, dari tabika tersebut menyatakan keterujaannya mengikuti program tersebut biarpun hanya mampu mengeja.

“Saya kenal huruf dan boleh eja sikit-sikit, tapi saya tidak kisah sebab lama-lama boleh jadi pandai, dan kawan-kawan pun sama macam saya juga.

“Lepas selesai membaca kami mewarna pula, disamping bermain-main bersama-sama rakan,” ujarnya.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini djalankan secara serentak di seluruh negara bermula 11.00 hingga 11.10 pagi tadi.

-SH

Tinggalkan komen anda