Skip to main content
HomeMelaka

Berhenti Sebentar, Jom Baca Bersama 10 Minit

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/fotoM Zakry Chan (Melaka)

BUKIT BARU, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Program inisiatif membaca yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 adalah cetusan idea oleh majlis pengarah-pengarah perpustakaan awam se-Malaysia dengan konsep berhenti sebentar daripada melakukan apa jua pekerjaan dan membaca selama 10 minit tidak kira di mana kita berada.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris berkata, program jom baca ini telah menjadi satu jenama membaca di peringkat kebangsaan dan ini terbukti dengan peningkatan dari setahun ke setahun.

“Di negeri Melaka sendiri penyertaan pada tahun 2014 telah mencatat seramai 134,336 orang dan pada tahun 2018 meningkat kepada 200,600 orang.

Adly Zahari menandatangani plak perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 minit

Adly Zahari menandatangani plak perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 minit

“Besarlah harapan kita agar program yang diadakan pada tahun ini akan meningkat bilangan penyertaan apatah lagi program ini dijalankan serentak dengan kempen dekat membaca kebangsaan,” ujarnya ketika berucap dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit bertempat di Dewan Tuah PERPUSTAM) di sini, pagi tadi.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ketika merasmikan program berkata, kerajaan melalui perpustakaan awam akan menyediakan perkhidmatan perpustakaan dengan konsep perpustakaan masa depan yang seiring dengan masyarakat 5.0 yang diperkenalkan oleh kerajaan Jepun sejak 2017, berteraskan kemanusiaan seimbang antara kemajuan ekonomi dan penyelesaian masalah sosial dengan penggunaan teknologi pintar yang mengintegrasi sepenuhnya ruang siber dan fizikal.

“Secara idealnya perpustakaan pada masa hadapan harus dilengkapi dengan teknologi pintar terkini bagi mengintegrasikan operasi perkhidmatan kepada pengguna sejajar dengan inisiatif kerajaan melancarkan dasar negara bagi Revolusi Perindustrian 4.0.

Muhammad Syafiq (tengah) menerima wang tunai RM200 sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan jejak maklumat.

Muhammad Syafiq (tengah) menerima wang tunai RM200 sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan jejak maklumat.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Muhammad Syafiq Mohd Nurulsyahmiza ,15,  berkata dalam merealisasikan hasrat murni ini, ibu bapa adalah contoh terbaik dalam memupuk minat membaca anak-anak sejak dari kecil.

“Ibu bapa harus menyediakan perpustakaan mini di rumah, menyediakan bahan-bahan bacaan serta kerap membawa anak-anak ke perpustakaan,” ujar Muhammad Syafiq.

EM

Tinggalkan komen anda