Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jangan Lupa Kepada Meraka Yang Kurang Berkemampuan

By 22 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: U.Prakash (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Golongan kurang berkemampuan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya terutama ketika menyambut bulan Ramadhan dan Aidilfitri dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka.

Adun Pengkalan Kota, YB. Daniel Gooi Zi Sen berkata, pemberian sumbangan adalah langkah terbaik dalam meraikan mereka sempena bulan yang mulia di samping meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan berkenaan.

Ucapan oleh YB Daniel Gooi Zi Serta menyampaikan  sumbangan kepada golongan yang memerlukan  bagi menyambut Bulan Ramadhan serta Aidilfitri

Ucapan oleh YB Daniel Gooi Zi Serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi menyambut Bulan Ramadhan serta Aidilfitri

“Sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sinar kebahagian kepada golongan yang memerlukan untuk sama-sama menyambut Bulan Ramadan dan kedatangan Syawal yang mulia pada tahun ini,” ujarnya ketika berucap pada majlis penyampaikan sumbangan di Perkarangan KRT Pangsapuri Pelangi.

Beliau berkata, sumbangan yang disampaikan itu adalah antara pendekatan yang terbaik dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara Kerajaan Negeri dengan golongan berkenaan.

Sebanyak 20 orang menerima bantuan ini dan dihadiri masyarakat setempat dari pelbagai kaum untuk memeriahkan majlis tersebut. Program ini dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Pelangi dengan kerjasama Sanjeevani Ayurvedic Centre.    

Seorang penerima bantuan ibu tunggal, Nabeela Beevi Binti Aziz, 36 tahun melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana diraikan dalam majlis ini serta berbuka puasa bersama jiran yang lain.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi KRT Pangsapuri Pelangi, Encik Muniandy dan YB  Daniel Gooi Zi Sen di atas sumbangan yang diberikan bagi membolehkan kami menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih baik lagi,” katanya.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menerima sumbangan pada hari ini dan akan menggunakan bantuan yang diterima ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

 

Tinggalkan komen anda