
Laporan/foto: Noor Azian Saad/Lyana Athirah Mohd Saad (Kota Setar)
ALOR SETAR, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Kedah menganjurkan Jualan ‘Sale Pre-Loved’ 2019 dalam memberi peluang kepada orang ramai mndapatkan barangan serta keperluan hari raya pada harga berpatutan.
Setiausaha PUSPANITA Kedah Rizawati Ramli, 39, berkata jualan pada hari ini akan diadakan semula pada 16 Mei nanti berikutan sambutan menggalakkan penduduk setempat.
“Sempena bulan Ramadan ini, PUSPANITA dengan kerjasama Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) menjemput orang ramai untuk memeriahkan jualan ini.
“Kepada yang berminat untuk berniaga sempena jualan ini, mereka boleh menghubungi BPEN atau PUSPANITA Kedah,” katanya ketika ditemui sempena jualan tersebut di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Jualan‘Sale Pre-Loved’ 2019 ini telah dirasmikan Pengerusi PUSAPANITA Negeri Kedah, Datin Hariyanti Amit.
Sebanyak tujuh gerai menyertai jualan kali ini yang menjual pelbagai barangan baharu dan terpakai, selain pakaian wanita dan kanak-kanak, beg tangan serta kuih raya.
Menurut kakitangan BPEN Kalsom Said, 42, program julung kali ini perlu diadakan lagi dan diperluaskan promosinya kerana tidak ramai yang mengetahui jualan murah seperti ini.
“Ada barangan terpakai seperti tudung yang dijual serendah RM3 dan baju kurung serendah RM30,” katanya.