Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Pekerja Amanah Aspirasi Negara

By 1 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, hari ini telah menyempurnakan majlis sambutan Hari Pekerja Tahun 2019, yang bertemakan “Pekerja Amanah, Aspirasi Negara” bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Menurut Perdana Menteri, tema ini menekankan bagaimana rakyat Malaysia khususnya warga pekerja perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan prinsip amanah dan integriti bagi memacu kemakmuran Negara dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.

Perdana Menteri menyampaikan amanat khas Sempena Hari Pekerja 2019

Perdana Menteri menyampaikan amanat khas Sempena Hari Pekerja 2019

Dalam Amanat Beliau, Perdana Menteri mengingatkan kepada setiap pekerja agar sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh integriti, “warga kerja yang amanah merupakan tunjang kerjaaan dalam mencapai status negara maju berdasarkan kepada acuan kita sendiri dan berada pada tahap negara maju di peringkat antarabangsa,” ujar beliau.

Pelbagai inisiatif telah diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan pasaran buruh negara dan memperkasa tenaga kerja warganegara. Untuk memastikan inisiatif ini berjaya dilaksanakan secara berterusan, kementerian sumber manusia mengamalkan prinsip tripartisme yang melibatkan kerjasama kerajaan, pekerja dan majikan demi mencapai penyelesaian ‘menang-menang’ semua pemegang taruh.

Tambah beliau “dasar kerajaan hari ini adalah untuk memberi keutamaan kepada pekerja warganegara Malaysia untuk mendapat peluang pekerjaan”.

Lebih 5000 pekerja daripada pelbagai sektor hadir pada sambutan hari pekerja hari ini

Lebih 5,000 pekerja daripada pelbagai sektor hadir pada sambutan hari pekerja hari ini

“Kerajaan sedar mengenai kadar pengangguran di kalangan belia dan golongan muda serta memahami akan kepentingan untuk memperkasa tenaga kerja dan bakat (talent) tempatan.

“Ianya juga harus melibatkan semua golongan masyarakat termasuklah mempertingkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

“Dalam era Internet of Things (IoT), portal JobsMalaysia versi 2.0 yang baharu, yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia telah menawarkan platform mencari pekerjaan yang lebih fleksibel kepada rakyat untuk meningkatkan penempatan pekerjaan dan mengurangkan ‘mismatch’. Rakyat juga boleh mendapat perkhidmatan JobsMalaysia melalui penganjuran karnival kerjaya yang diadakan secara berkala dari semasa ke semasa”.

Sebagai langkah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja warganegara yang kompeten untuk memacu aspirasi negara, pelbagai memorandum persefahaman (MoU) berkaitan program up-skilling dan re-skilling bersama negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura, India dan banyak lagi telah ditandatangani. Tenaga Kerja Warganegara tidak seharusnya terkongkong dalam zon selesa. Mereka perlu mendapat pendedahan terhadap cara bekerja, cara befikir, serta teknologi-teknologi canggih seiring dengan revolusi industri 4.0, sekaligus bakal menjadi pilihan para majikan dalam dan luar negara.

Majlis yang telah berlangsung dengan sederhana hari ini turut disertai oleh M. kula Segaran, Menteri Sumber Manusia sebagai penganjur, barisan Menteri-Menteri Kabinet, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, wakil daripada Congress of Unions of  Employees in the Public and Civil Servants (CUEPECS), wakil  Malaysia Trades Union Congress (MTUC), wakil Malaysian Employee Federation (MEF), serta dimeriahkan dengan penyertaan wakil pekerja seramai lebih kurang 5,000 peserta yang terdiri daripada wakil agensi awam, badan berkanun, organisasi swasta, dan juga pertubuhan dalam negara

ER

Tinggalkan komen anda