Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Sambutan Hari Pekerja 2019; Sederhana dan Penuh Kemeriahan

By 1 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 1 Mei (Malaysiaaktif) Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini diwarnai kemeriahan sambutan Hari Pekerja dengan kehadiran lebih 5000 pekerja dari pelbagai sektor dalam negara.

Sambutan pada tahun ini membawa tema ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’, Sambutan Hari Pekerja kali ini turut melibatkan kehadiran majikan, kesatuan-kesatuan sekerja dan pihak kerajaan yang menunjukkan bahawa wujudnya ‘tripartite’ semangat kerjasama yang kukuh dalam urusan pekerjaan di negara ini.

Pameran booth daripada pelbagai Agensi memeriahkan lagi Sambutan hari Pekerja 2019

Pameran booth daripada pelbagai Agensi memeriahkan lagi Sambutan hari Pekerja 2019

Sambutan kali ini juga secara tidak langsung menterjemahkan penyatuan golongan pekerja dalam pelbagai peringkat. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan swasta.

Persembahan Koir daripada Badan kesenian Tentera Darat menceriakan majlis

Persembahan Koir daripada Badan kesenian Tentera Darat menceriakan majlis

Tidak ketinggalan, golongan pekerja dalam kalangan orang kurang upaya yang turut diraikan pada majlis hari ini. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri disertai oleh M. kula Segaran, Menteri Sumber Manusia sebagai penganjur, barisan Menteri-Menteri Kabinet, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, wakil daripada Congress of Unions of  Employees in the Public and Civil Servants (CUEPECS), wakil  Malaysia Trades Union Congress (MTUC), wakil Malaysian Employee Federation (MEF)

Antara 5000 hadirin yang hadir daripada pelbagai sektor pekerjaan

Antara 5000 hadirin yang hadir daripada pelbagai sektor pekerjaan

Sambutan Hari Pekerja 2018 bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan pelbagai pameran booth daripada pelbagai agensi, tetamu juga disajikan dengan aneka persembahan muzik, nyanyian dan tarian daripada Badan Kesenian Tentera Darat dan syarikat-syarikay swasta di dalam dewan utama PICC.

Persembahan Kebudayaan daripada wakil syarikat swasta

Persembahan Kebudayaan daripada wakil syarikat swasta

Sejurus ketibaan Perdana Menteri Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Suara Pekerja, seterusnya Amanat Khas Hari Pekerja  disampaikan oleh Perdana Menteri.

Kemuncak acara sambutan adalah penyampaian 11 anugerah kepada golongan pekerja dan majikan yang cemerlang.

ER

Tinggalkan komen anda