
Laporan/foto: Edi Rizam Kassim (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini diwarnai kemeriahan sambutan Hari Pekerja dengan kehadiran lebih 5000 pekerja dari pelbagai sektor dalam negara.
Sambutan pada tahun ini membawa tema ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’, Sambutan Hari Pekerja kali ini turut melibatkan kehadiran majikan, kesatuan-kesatuan sekerja dan pihak kerajaan yang menunjukkan bahawa wujudnya ‘tripartite’ semangat kerjasama yang kukuh dalam urusan pekerjaan di negara ini.
Sambutan kali ini juga secara tidak langsung menterjemahkan penyatuan golongan pekerja dalam pelbagai peringkat. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan swasta.
Tidak ketinggalan, golongan pekerja dalam kalangan orang kurang upaya yang turut diraikan pada majlis hari ini. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri disertai oleh M. kula Segaran, Menteri Sumber Manusia sebagai penganjur, barisan Menteri-Menteri Kabinet, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, wakil daripada Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Servants (CUEPECS), wakil Malaysia Trades Union Congress (MTUC), wakil Malaysian Employee Federation (MEF)
Sambutan Hari Pekerja 2018 bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan pelbagai pameran booth daripada pelbagai agensi, tetamu juga disajikan dengan aneka persembahan muzik, nyanyian dan tarian daripada Badan Kesenian Tentera Darat dan syarikat-syarikay swasta di dalam dewan utama PICC.
Sejurus ketibaan Perdana Menteri Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Suara Pekerja, seterusnya Amanat Khas Hari Pekerja disampaikan oleh Perdana Menteri.
Kemuncak acara sambutan adalah penyampaian 11 anugerah kepada golongan pekerja dan majikan yang cemerlang.
ER